Atok Kena Tembak.

Assalamualaikum.

Setiap kali balik kampung jenguk Opah, Mak akan cerita sejarah silam masa mak kecik2 dulu. Mak akan tunjuk sungai mana Mak mandi, kebun mana Opah toreh getah, jalan mana Mak lalu bila pergi sekolah. Lebih realistik bila Mak dapat buktikan kata-kata Mak bahawa masa Mak kecik dulu, Mak memang susah.

'Opah kau naik basikal pegi kebun getah. Cuba bayangkan berapa jauh rumah Mak masa tu. Pukul 3 pagi Opah dah keluar menoreh. Mak pernah ikut sekali dua ja. Isy tak tahan dengan penat, nyamuk. Opah pulak ibu tunggal. Susah dulu2...'

'Dulu mana ada merasa makan ikan laut ni semua. Makan ikan kadang2.Kalau sekali sekala dapat makan ikan sungai, sukanya lah. Itupun lampam aje lah buat pekasam.'

Ya Allah,aku sekarang bawak Mak naik kereta ja pegi tengok dusun Mak yang dulu tempat Opah toreh getah. Dalam 20 minit sampailah. Jalan berturap. Bayangkan Opah kayuh basikal dulu..

Ya Allah, sedangkan aku masa kecik2 dapat makan macam2. Ikan, ayam kambing, lembu, itik. Aku masih ingat, arwah Ayah bawak kami adik beradik dari Tg. Karang pegi Teluk Intan semata2 nak makan KFC ja. Masa tu KFC pakai pinggan kaca. Dan itulah KFC paling dekat. Sedangkan Mak masa dulu, ayam pun susah merasa. Dapat lampam pekasam pun dah seronok sangat hatinya.

Tengoklah Mak sekarang. Betapa kuat dan cekalnya Mak. Macam Opah. Anak2 pun selalu bergantung harap pada Mak. Tak jemu dengar cerita Mak masa Mak kecik2. Tak kisah nak bawa Mak ke mana saja Mak nak pergi untuk imbau zaman lampau yang pernah Mak lalui dulu. Opah pun masih kuat kudratnya dan masih kuat ingatannya. Cuma Opah tak pandailah menulis. Jadi kena bantu tuliskan slip bank untuk keluarkan duit pencen arwah Atok yang kerja polis.

'Mak, Atok mati kenapa?'

'Atok kena tembak dengan komunis. Mak pun tak ingat rupa ayah Mak.

*ps - Darah patriotik ini aku dapat dari arwah Atok dan arwah Ayah rupanya. Kedua-duanya berjuang. Hingga habis nyawa. Al-Fatihah.
*ps - Ketabahan ini aku harap dapat aku warisi daripada Mak dan Opah. Ya Allah, berilah kekuatan. Amin.
*ps - Ada orang kata cerita Bukit Kepong tu filem bodoh. Pada aku, tak. Kalau kau boleh persendakan cerita tu, tak menangis atau tak terbit rasa sedih bila tengok, aku rasa kau dah hilang perikemanusiaan dalam diri sendiri. Biar beza ideologi, jangan biadap dan hilang sensitiviti atas apa yang berlaku kepada orang lain.



Comments

Anonymous said…
orang tak ingat perjuangan. si aib hamlau tu tukar syllabus sejarah kbsr kbsm mana budak generasi lewat 80an ingat sejarah atau kenal sejaerah bangsa?
..nOWa.. said…
belajar hidup guna buku, itu la jadinya..asik2 salah orang lain..mulut sendiri bau busuk, salahkan orang lain tak ajar cara2 guna ubat gigi..ntah2 kayu sugi pun tak kenal..hmmphh

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang