Kenangan Persiapan Kahwin - Yang Spoil

Assalamualaikum!

Aloooohaa! Buat apa tuuuu? Hihiii. Punya lama entry ni kat draf.. =_=

Dalam menjalani hidup dengan gajet ni, kadang-kadang ada satu masa tu kita tak tau nak buat apa. Bukak FB, dah. Insta dah. Tweeter dah. Blog, dah. Rotikaya, Beautifulnara, dah. Whatsapp, dah. Wechat, dah. Last-last kau bukak Gallery. Tengok gambar. Hihii.

Lalu muncul lah kenangan lalu. Cerita kawin laaa apa lageyyyyy! Hihii.

Alhamdulillah, boleh dikatakan persiapan kahwin aku telah banyak dipermudahkan Allah. Dengan kekuasaan Allah, banyak hati orang-orang yang terlibat 'dilembutkan' dan memudahkan segala urusan aku. Cabaran sikit-sikit tu biasalah. Tapi ada dua benda paling spoil.

1) Baju Bersanding

Baju bersanding yang aku pilih ialah dress warna 'green-turqoise'. Pada aku dah cukup cantik dah. Mak aku pun suka. Nak jadi cerita, masa pergi pilih baju tu aku tak fitting pun. Ikut kata Mak Andam, aku orang nombor 2 yang akan pakai. Ye lah, aku mana ada bajet besar nak tempah baju khas bagai, pakailah yang ready-made ajewww. Hihii. 

So, Mak Andam kata nanti dah alter, dah cuci dia panggil aku fitting. No hal lah kata dia. Lagipun Mak Andam ni aku kenal dah. Biasa dengan family aku. Dengan dia jugak aku tempah pelamin nikah, pelamin sanding dan decorate meja makan beradap. Mak Andam ni kira yang terbaik in town sebab hasil kerja dia memang cantik. Ceewaah.

Nak jadi cerita dari hari ke hari aku tak fitting. Ada sekali tu aku call dia minggu terakhir aku bujang. Tanya ok ke kalau aku fitting 3 hari sebelum majlis? Dia kata untuk kau semua boleh. Hahahaa! Akhirnya malam sebelum aku nikah, Mak Andam pun bawak lah baju persandinganku itteww. Huk huk.

Aku pun cubalah baju yang cantik dan tersergam indah itu....Huwaaaaaaa! Umpama cempedak nangka tersembul di sana sini. Time tu nak panik, nak menangis, nak terlentang semua ada. Mujur aku bertenang dan Mak Andam pun tengah sakan karaoke kat bawah, aku pun panggil dia. Dia tengok sendiri dah terjugil biji mata. Solutionnya, dia pelawa aku pergi butik dia tengok baju lain. Waktu tu pukul 12 tengah malam okkk. Natijahnya, aku pun pakailah apa yang aku muat kat butik tu...no choice..tapi okaylah dari takde langsung..

2) Cameraman

Aku nikah dan bersanding hari yang sama. Aku nikah pukul 9 pagi. So, pukul 9 pagi cameraman aku tak sampai-sampai lagi. Aku kol dia dalam pukul 8.30 macamtu tak berangkat. Sekali lagi call, off handphone terus. Dia sampai umah aku masa tu dah selesai nikah dah. Mujurlah kawan-kawan baik aku ada..dioranglah amik gambar aku time tu pakai handphone sajeww. Tapi tak tahulah keajaiban apa, aku dengan suami 'tak marah' pun. Mungkin kitorang dah set yang kitorang nak happy jer time hari bersejarah kitorang ni. Bila cameraman datang, kitorang buat biasa je dan biarkan dia buat kerja dia sampai habis. Cameraman tu pun ada bagi discount sebab kesilapan dia lambat sampai. So okaylah. But still spoil lah kan.

So, itulah dua benda yang tak berapa lancar masa wedding aku. Yang lain, alhamdulillah. Mungkin ada kekurangan aku dan suami kat mana-mana dan mungkin Allah nak uji kitorang. Semua benda tu jadi kenangan. Heee.

So, terima lah...poyos. Heeeee.


Terima kasih Ebyyy terima saya sebagai isteri. Mintak yang baik-baik semoga hidup kita baik-baik saja. InsyaAllah. Aamiin!

ps - Semoga Allah pinjamkan suami ini kepada saya lama sikit. Lama-lama sangat.

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.