Posts

Showing posts from April, 2010

Polis Jahat?

Image
Assalamualaikum Sekarang semua orang sedang mempersoalkan tindakan polis yang menembak kereta yang didakwa dipandu Allahyarham Adik Aminulrasyid yang menyebabkan arwah terbunuh kerana salah satu tembakan tersebut mengenai belakang kepalanya. Memang sedih mengenangkan kejadian mengorbankan nyawa tersebut berlaku dalam negara kita dan ianya terjadi tidak berapa jauh dari rumah aku..dekat facebook dah wujud fanpage 'kami benci kekejaman polis malaysia' yang mengecam tindakan polis dan banyak juga kata2 yang menghentam, menghina, mencaci, menyalahkan dan pelbagai men men lagi yang berunsur tidak puas hati dengan tindakan polis.. Pada aku, serahkanlah kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat perkara ini dengan telus dan seadil-adilnya..dan hentikanlah untuk membuat spekulasi tentang arwah dan juga polis..kasihankan keluarga arwah dan keluarga polis-polis ini.. ps* bukan tidak ada polis yang dilanggar lari waktu bertugas, dirempuh waktu sekatan jalanraya hingga koma, ditembak dan d...

Poem Of Heart - Permintaan Terbaik

Image
Satu ketika Waktu diri ini kecil Ditolak kawan, jatuh.. Dirampas lolipop dari tangan, menangis.. Adu pada emak Emak bersihkan luka Adu pada ayah Ayah belikan aiskrim pula Riang.. Selepas besar sedikit Waktu diri faham apa itu kekecewaan Pandai pula mencari teman Meluah perasaan Sekali bersedih, nangis bersama Sekali suka, sama ketawa.. Kawan pengubat duka Bila bertambah besar Pandai pula memilih teman Tersilap kata, dimusuhi Kena gaya, disenangi.. Mula pandai mencari bahu Untuk berkongsi sendu di hati Kekasih datang, kekasih pergi.. Roda kehidupan berputar tanpa henti Angka jadi pemberat Begitu juga segalanya Sekejap menimbun, sekejap rata Dibuang, diganti Yang tersurat tetap tersurat Semua perlu dijalani.. Ayah telah pergi Emak menjadi lemah Kawan punya agenda tersendiri Kekasih hati belum kembali Sedang diri tercari-cari Dia tetap disitu Kekal, satu.. Menunggu dan menanti Apa jua permintaan hati Namun Hanya yang terbaik saja Akan terjadi.. *ps - Dalam doa hari ini, tidak ada lagi ber...

Mengalah Tak Bererti Kalah? Tribute For Arwah Ayah..

Assalamualaikum! Someday in 1997.. Satu petang mak beritahu - 'Ayah nak jumpa..' Aku yang time tu tgh layan cerita cina dalam bilik berdebar2 rasa.. Ayah jarang sekali buat request..kalau ini macam mesti ada yang tak kena..haishh!! Otak aku ligat mengingat apa lah yang boleh jadi penyebab ayah panggil aku..itulah ayah..tak pernah sekali pun memukul anak2 tapi kalau sekali dia berhujah dan bersuara tentang kesalahan yang kami buat, hmmphhh makan dalam punya.. Ayah dah tunggu..duduk tegak atas kerusi di ruang tamu rumah..menghadap pintu..pintu terbuka..nampak pemandangan indah..ada angin sepoi2 bahasa..aku duduk di kerusi sebelah ayah.. Aku : Ayah.. Ayah : Hmmmm..buat apa? Aku : Tengok tv.. Ayah : Hmmm..ni ayah nak tanya..mak kata, Kak Cik dengan Alang, hmmppphh apa? Bercakar-cakar? - Ayah pandang dengan senyum.. Aku : Hihiii..mana adaaaa...- Aku senyum juga..tapi dalam hati..(Arrghh! Ni mesti kes mak mengadu aku bergaduh dengan kakak aku, Alang seminggu lepas..) Ayah : Apa y...

Benarkah Demam Peperiksaan Itu Wujud?? Tribute to Dr. Maniam

Image
Assalamualaikum! Esok petang ada paper Malaysia Economy.. Semua rakan2 FB update status yang menggambarkan mereka sedang study..(formula study sambil on laptop dan online FB tidak akan membantu kamu semua, percayalah!!) Sekarang sudah jam 11 malam.. Saya belum pun mulakan pembacaan..beg sekolah saya pun saya lupa dimana..mungkin dalam kereta? Haisshh..tak kan lah saya kena turun ke bawah pula malam2 begini? Kawan2 sms saya 'ko dah baca ke? Ko baca apa?' Kawan2 semua selalu tersalah anggap saya pintar..dalam kelas saya memang agak pintar..(tapi kalau saya pintar tak kanlah Dr.Maniam tegar beri saya carry mark paling corot? Kamu fikirlah sendiri?) Mungkin sebab saya suka tanya soalan dalam kelas..sebab saya yang selalu soal Dr Maniam balik, tentulah saya pintar, bukan? Dr. Maniam memang pengajar ekonomi malaysia yang terbaik sekali saya pernah jumpa..kerana Dr. Maniam juga saya jatuh cinta pada subjek ekonomi..(ps* pada Dr. Maniam saya tidak jatuh cinta kerana dia bukanlah terlal...

Kalau Nampak, Tegur

Image
Assalamualaikum! Lagi kuar pasal orang buang anak..macam buang nasi basi jer... Malas aku nak berfalsafah cakap soal nih.. Kalau yang buang tu orang Islam, kau terimalah pembalasan..PASTI tiba..kalau bukan Islam pun jangan risau, kau pun akan dapat jugak balasan..what u give, u get back! Dah jadi macam ni, nak salah kan siapa? Mak apak? Kerajaan Malaysia? Aku malas nak fikir salah sapa, tapi ni aku nak cakap pasal tanggungjawab kita..sebagai apa? Sebagai saksi yang tengok bunga2 kelakuan sumbang terjadi depan mata kita..supaya kita ni jadi orang yang pandai cakap, pandai buat..bukan hanya tau bercakap saja gegar2 bagai tak mahu.. Kalau nampak couple yang bermesra macam esok nak kiamat (lentuk kepala kat bank sementara tunggu giliran, pegang2 raba2 kat taman tasik depan budak2, peluk dari belakang dalam LRT) sila TEGUR > Maaf ya..saya sakit matalah..ni dah kawen belum? Kalau belum, buat cara belum..malu kat orang, takut kat tuhan..(CAKAP TU GUNA VOLUME 40) Bagus, sebab...