Kalau Nampak, Tegur

Assalamualaikum!

Lagi kuar pasal orang buang anak..macam buang nasi basi jer...
Malas aku nak berfalsafah cakap soal nih..
Kalau yang buang tu orang Islam, kau terimalah pembalasan..PASTI tiba..kalau bukan Islam pun jangan risau, kau pun akan dapat jugak balasan..what u give, u get back!

Dah jadi macam ni, nak salah kan siapa? Mak apak? Kerajaan Malaysia?
Aku malas nak fikir salah sapa, tapi ni aku nak cakap pasal tanggungjawab kita..sebagai apa? Sebagai saksi yang tengok bunga2 kelakuan sumbang terjadi depan mata kita..supaya kita ni jadi orang yang pandai cakap, pandai buat..bukan hanya tau bercakap saja gegar2 bagai tak mahu..

Kalau nampak couple yang bermesra macam esok nak kiamat (lentuk kepala kat bank sementara tunggu giliran, pegang2 raba2 kat taman tasik depan budak2, peluk dari belakang dalam LRT) sila TEGUR > Maaf ya..saya sakit matalah..ni dah kawen belum? Kalau belum, buat cara belum..malu kat orang, takut kat tuhan..(CAKAP TU GUNA VOLUME 40)

Bagus, sebab ada juga orang yang prihatin dan komplen sakit mata tengok kelakuan 'couple poyo' tapi masalahnya ialah korang tengok dan rasa meluat saja tapi korang tak tegur..bila aku tanya kenapa tak tegur?

Korang kata:

"Nanti dia akan marah kita balik.."
"Adik kita pun kita tak tertegur.."
"Biarlah, buat apa masuk campur hal orang"


Jawapan aku : So what?

Korang takut mamat poyo bengang dan panggil geng bas sekolah dia belasah korang? Atau pancitkan tayar korang? Santau korang? Atau korang takut malu kalau dia herdik korang balik depan orang ramai??? Atau korang rasa korang pun tak cukup baik nak tegur sebab korang terkenang2 dosa masa lalu korang maka korang harus terperangkap dengan situasi tu selamanya?? Atau time tu korang pakai suar pendek atas lutut? Tak pakai tudung? > Jawab sendiri..

Kita patut bergantung hanya pada Allah..

Sepatutnya kalau kita pernah salah, kita admit, insaf, jangan buat lagi dan NASIHATKAN orang lain supaya tak buat benda yang sama..perlahan2 kita akan dapat baiki diri sendiri...

Orang selalu kata didik anak perempuan ni susah..hakikatnya didik anak lelaki supaya tahu malu bila peluk anak perempuan orang, tahu dosa pahala untuk bekal jadi pembimbing keluarga, tahu kawal diri, tahu tanggungjawab supaya tak termengandungkan anak orang, lagi besar cabarannya.....

Yeah..It takes two to tango..Why tango? Zapin kan boleh!

** kalau tak nak dengar nasihat aku, dengarlah nasihat mufti supaya hapuskan budaya 'tak nak jaga tepi kain orang' tuu...






Comments

Hunny said…
salam Nowa,

Really like this entry.. Sangat tepat dan kena masanya.. Kena rajin tulis selalu ok?
nasikputeh said…
memang betol~

erm..

pttnye tulisan tu kasi BESAR..

yelah, nak ckp kuat kat sini xboleh..

kan..

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang