Posts

Showing posts from April, 2011

Daripada Mengintai Baik Follow Jer...Ngeh Ngeh

Assalamualaikum! Dengarlah nasihat aku : Tak elok mencari salah orang aja. Tak elok berdengki. Tak elok bersangka buruk. Tak elok ada niat menjatuhkan orang lain. Tak elok ambil sesuatu yang bukan hak kita. Tak elok buat orang lain bermusuh dan membenci. Tak elok buat benda tak elok banyak2. Kan baik kalau muhasabah diri. Kan baik bersyukur. Kan baik memaafkan. Kan baik jujur. Kan baik berbaik2. Kan baik buat benda baik banyak2. Sesungguhnya ada seketul daging dalam badan manusia. Apabila baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan. Jika busuk daging itu, maka busuklah seluruh anggota badan. Dan daging itu ialah 'hati'. - Hadith ps - Udah-udah ler tu.

Aku Dan Ayah.

Assalamualaikum. Hari ni, aku tersedar bahawa ayah sangat sayang pada aku. Terlewat sudah untuk membalas secukup-cukupnya kasih sayang ayah pada aku. Semoga kalian tidak akan terlewat. Tidak akan lupa. Kita tidak akan tahu mengapa ayah kadangkala membuat sesuatu yang kita tidak setuju sama sekali sehinggalah bila kita mengetahuinya, sudah terlewat untuk mengucapkan 'Terima kasih, ayah.' Seperti mana kita mengasihi emak, ayah juga berhak menerima yang sama. Berlaku adil lah kepada kedua ibu bapa kita. Al-Fatihah.