Daripada Mengintai Baik Follow Jer...Ngeh Ngeh

Assalamualaikum!

Dengarlah nasihat aku :

Tak elok mencari salah orang aja.
Tak elok berdengki.
Tak elok bersangka buruk.
Tak elok ada niat menjatuhkan orang lain.
Tak elok ambil sesuatu yang bukan hak kita.
Tak elok buat orang lain bermusuh dan membenci.
Tak elok buat benda tak elok banyak2.

Kan baik kalau muhasabah diri.
Kan baik bersyukur.
Kan baik memaafkan.
Kan baik jujur.
Kan baik berbaik2.
Kan baik buat benda baik banyak2.

Sesungguhnya ada seketul daging dalam badan manusia.
Apabila baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan.
Jika busuk daging itu, maka busuklah seluruh anggota badan.
Dan daging itu ialah 'hati'. - Hadith

ps - Udah-udah ler tu.

Comments

ana said…
manusia memang tak pernah puas kan? tapi kalau tak pernah puas untuk tambah baik diri tak salah...harap kita semua mcm tu nnti.
Hunny said…
Jaga-jaga hatimu dan lidahmu Nowa..:)
ghost said…
boleh tak kalau hanya menyendiri untuk mengelak dari tuh semua..pasti tak boleh sebab hati tidak dikecualikan dengan jarak dan ruang.
Angah said…
nak didik seketul hati supaya sentiasa elok dan bersih suci itu sangat susah...banyak cabarannya...
..nOWa.. said…
cuk ana dan cuk hunny : tq guys, doakan agar hati ini selalu ingin baik. :)

encek bisk : berdiam diri tidak, memberi ruang juga tidak. Mungkin perlu bergerak, ke depan dan ke depan meninggalkan hati2 yang tidak bersedia untuk lembut.. (perghh,berbelit2. hahaha!!)

Angah : Betul, yang penting kita mencuba kerana Allah pasti membantu. Insyaallah.

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang