Aku Dan Ayah.
Assalamualaikum.
Hari ni, aku tersedar bahawa ayah sangat sayang pada aku.
Terlewat sudah untuk membalas secukup-cukupnya kasih sayang ayah pada aku.
Semoga kalian tidak akan terlewat. Tidak akan lupa.
Kita tidak akan tahu mengapa ayah kadangkala membuat sesuatu yang kita tidak setuju sama sekali sehinggalah bila kita mengetahuinya, sudah terlewat untuk mengucapkan 'Terima kasih, ayah.'
Seperti mana kita mengasihi emak, ayah juga berhak menerima yang sama. Berlaku adil lah kepada kedua ibu bapa kita.
Al-Fatihah.
Comments