TRIBUTE - TERLANTAR
Assalamualaikum. Ayah duduk di atas kerusi roda. Tunduk. Emak juga ada di sisi. Juga memandang kosong. 'Doktor, berapa kos kalau hendak buat operation di sini?' 'Lebih kurang 20 ribu.' Dr. Lukman menjawab lembut. Memandang aku dengan riak simpati. Sepi. Aku juga sepi. Ya Allah, anak-anak mahu berikan rawatan yang terbaik buat Ayah. Tapi di mana pula hendak cari 20 ribu? Pada saat ini aku tidak sanggup memandang wajah Ayah. Tidak sanggup dan tidak mampu untuk mengangkat muka. Adik beradik aku tidak ada yang bekerja kerajaan. Cuma aku saja, itu pun separuh kerajaan. Kepala aku mula sakit. Serabut. Mula berfikir-fikir apa benda yang boleh aku gadai atau jual. Mula terbayang-bayang wajah orang-orang yang berpotensi menghulur pinjaman. Ya Allah... 'Takpe, kalau hendak saya tolong referkan pada hospital kerajaan saya akan telefon ke hospital yang terdekat.' Doktor bersuara seolah-olah faham kemelut yang berperang dalam hati ...