Petua Menghilangkan Kesan Turun Warna Pada Tudung Raya

Assalamualaikum.
 
Ewaahhhh..beraya sakan nampak?
Berat berapa naik? Hahahaa!
 
Nak jadi cerita, masa nak sambut ambang Syawal baru-baru ni aku pun sebok-sebok macam orang lain beli baju raya. Dah beli baju raya kena la beli kasut raya dah beli kasut kenala beli tudung raya seterusnya kuih raya kemudian langsir raya lepastu sarung kusyen raya dan akhirnya peruntukan duit raya pun takde. Maaf adik-adik.
 
Sebab keghairahan melampau aku pun pakai baju baru yang sepatutnya digayakan pada hari raya ke pejabat lengkap dengan tudung raya sekali. Perghhh. Memang satu kepuasan dapat pakai baju raya awal dan adalah alasan yang kukuh nak pegi beli lagi baju lain. Ye lah, pagi raya hukumnya sunat memakai pakaian baru. Tak gitu?
 
Nak jadi cerita, lepas buat laundry, aku lupa nak jemur baju sebab kelam kabut balik kampung nak beraya. Elok jer dalam bakul semua konon-konon aku nak sidai. Nasib baik aku kerja pada raya ke-2 tu (perghh 'nasib baik' tuuu..kau ado? Hahaa!) jadi bila aku balik, memang hancur luluh lah hati aku tengok sebakul baju tak bersidai.....dan remuk redam hati jantung limpa aku bila tengok tudung raya aku yang maha cantik tu di lapisan paling bawah ditimpa-timpa baju kena 'turun warna'. Tudung warna pink kena warna biru......
 
Google punya google, adalah di blog (aku lupa link dia) yang suggest produk Dylon untuk hilangkan kesan warna. Aku pun pi Tesco cari. Tak jumpa Dylon yang dicadangkan tu. Mungkin dah packaging baru. Yang ada dalam bentuk 'pad' dan liquid sapu. Tengok instruction pun tak sama. Mungkin dah improvise. Jadi, aku belasah jer la ambik liquid Dylon for greasy stain. Aku beli jugak Vanish yang trial pack kecik-kecik.
 
Cara dia, sapu Dylon dekat kesan turun warna, tunggu 15 minit lepastu rendam dengan Vanish dalam setengah jam. Kesannya..tadaaa!! Hilang beb. Warna tudung pun makin berseri. Syukur. :)
 


ps - Aku punya tudung tu tudung bawal. Lain fabrik mungkin lain kesan dia.

Comments

Zu Ismail said…
sabo jerler.. raya ke 2 dah keje nowa?? eishk...
..nOWa.. said…
raya ke 2 ngan 3..ganti orang kak :)
Unknown said…
betol ke menjadik...klu bju tu dh lama menurun tak basuh lagi agak2 boleh ilang lg tak eh

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang