Tribute - Aku Dan Kadet Itu.
Assalamualaikum! Kali ni aku nak share satu lagi kira macam cerpen la hasil nukilan aku berdasarkan real story. Seingat aku, cerita pendek pertama yang aku karang tajuknya 'Pesan Pada Angin' yang aku tulis masa aku Form 2. Ada la dalam 10 helai kertas kajang bukan depan belakang. Watak utama dalam cerita tu aku letak nama 'Noy' sempena nama kawan aku Yon. Cerita dia, cerita sedih sebab aku buat cerita tu Noy akhirnya mati. Apa la. Hahaha! Cerita yang ni pulak kisahnya kawan aku yang request aku tulis based on our experience as Cadet Navy Volunteer lebih kurang 14 tahun lepas dekat UiTM. So, i came up with this humble story. Enjoy reading and rate me. :) ********************************************************************************* Isnin, Pagi – Menara UiTM Pagi itu saya dan kawan-kawan ada misi penting. Hari ini hari terakhir untuk ‘daftar KO’. Kami tidak ada pilihan, perlu pergi ke HEP, Menara untuk daftar KO. Dalam bas, kami telah berbincang....