Cerita Bersiri Yang Best (Dulu-dulu)

Assalamualaikum.
 
Dulu-dulu, masa zaman aku jadi Ratu TV ada cerita bersiri yang aku suka tengok. Genre aku bukan yang macam Awan Dania, Halimah Jongang ke apa. Aku ni serius orangnya.

1) La Femme Nikita.

Ni cerita penyiasatan. Nikita ni kira protege penyiasat dia punya mentor nama Michael. Nikita ni asalnya jahat, drug addict dan terbunuh orang. Jadi ada agensi ni ambik dan latih dia untuk selesaikan kes-kes jenayah untuk tebus salah dia. Lebih kurang macam tu lah cerita dia. Gigih aku tengok setiap episod sebab aku tunggukan si Michael tu jer. Huahua.




Michael. Comey dak Kak Toonn.
 
 
2) The X-Files
 
Ni aku rasa orang ramai tau. Aku suka jer cerita macam ni sebab aku percaya jer makhluk asing. Tagline dia pun 'I Want To Believe' gitu haa. Seperti biasa, dah tentu sebab Ejen Fox Mulder tu yang buat aku bertahan menontonnya. Huahua.
 
 


3) White Collar
 
Ni cerita ni baru lagi. Taste aku terhadap ejen-ejen penyiasat pun dah maju. Suka style penyiasat bijak macam Neal Caffrey. Cerita ni pun pasal penjenayah yang dipergunakan jadi ejen polis. Hanya penjenayah berfikir macam penjenayah. Kann.

 
Sekarang ni aku takde masa dah nak tengok cerita bersiri. Takde komitmen. Gila kau. Walaupun sekadar tengok tv, komitmen kena ada. Baru bermakna masa yang kau habiskan tu. Last aku beria-ia tengok cerita bersiri ialah cerita Adam dan Hawa. Itupun bukan aku layan kat TV sebab aku tak langgan Mustika, tapi tiap pagi sampai opis aku duk tengok siri tertunda kat DailyMotion. Pakai handphone tau. Melambung jugakla bil telefon aku. Ok, cerita tu bukan sebab aku nak tengok Adam tapi aku follow Hawa. Terbaik Nadiya Nisaa!


 

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang