Doa Untuk Syria
Assalamualaikum. Doa aku untuk bumi Mesir agar tiada lagi pertumpahan darah. Bermula dengan hasrat mengembalikan kegemilangan pemerintah Islam di Mesir, terpaksa dibayar dengan darah mereka yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak. Apa lah tahunya. Pencetusnya adalah dari rasa tidak puas hati dan tidak redha dengan pilihan majoriti rakyat dalam memilih pemimpin. Sekarang berbaloikah memanggil-manggil semula 'Morsi! Morsi! Morsi!?' Berbaloikah bila pengkhianat seperti Al-Sisi menangguk keamanan yang dulunya ada dan kini diganti dengan kekerasan dan 'pembunuhan'? Sedarlah sahabat-sahabat dan adik-adik aku semua.. Apa yang berlaku di seberang mata kita tidak mustahil dan boleh berlaku di depan mata kita sendiri atas sebab yang sama.. Tidak puas hati, tidak redha, tamak, pengkhianatan.. Semasa kita sedang jalani hidup yang aman ini, adakah kita kenal dan kita tahu siapa yang akan mengkhianati kita? Berhati-hatilah dengan apa yang kita perjuangka...