IJAB DAN QABUL

Assalamualaikum!

Hahaaaa! Over kan..Teruja sungguh nak buat ulasan pasal cerekarama malam tadi..
Hellooo, boyfren I berlakon mestila I semangat nak ulas..Hihiii..
Walaupun dekat newsfeed FB beratur duk update status menangis, syahdu, airmata dan seumpamanya tapi entah mengapa aku tak menangis pun? Sedangkan aku yang berhati jeli ni tengok iklan hari raya pun menangis, tapi mengapa drama malam tadi tak berjaya menumpahkan airmata macho aku ni? Mengapa?

Ini adalah antara penyebabnya :

1) Pernahkah kau lihat seorang ayah sebok-sebok pasal cucu? Selalunya Mak-Mak aja. Lepastu, kau bangkitkan soal cucu dan kawin lagi depan menantu dan besan kau? Oh apakah ini? Jadi watak bapak mertua yang kepochi memang spoil...

2) Bila kau disuruh kawin lagi oleh ayah kau jawapan kau ialah 'Tidak, Imran tak nakkk.' Oooo emmm jiiii. Spoil sangat. Hahahaaa! Aku tak tau kenapa aku tak suka dialog ni walaupun aku tahu ramai perempuan akan rasa ni sweet sangat jawapan Imran niii..Sebab realitinya, aku rasa orang lelaki tak akan jawab apa-apa..diorang play safe. Paling tidakpun jawab jer la "Ayahh!?" Hihi.

3) Kalau accident jer memang suka hilang ingatan ke? Jalan cerita hilang ingatan ni memang aku pantang betul. Senang-senang aja nak hilang ingatan. Spoil. Spoil.

4) Oooii. Kawan baik sendiri caras suami kau? Excuse me, kalau nak curang pun boleh tak amik orang lain. Nak jimat kos sangat bayar pelakon. Tahu tak effect kawan baik rampas suami ni, 15 kali raya pun belum tentu settle tau. Sebab tu pengarah kena masukkan babak hilang ingatan, senang sikit nak kawtim. Spoil sangattttt. 

5) Sakit kanser stage 'Sepatutnya Zahra dah lama mati' kau boleh maintain cantik dan bertenaga sehingga suami sendiri tak mampu mengenalpasti? Ayat apakah ini? Oh, ada aku mengisahkan? Hahaaa! Pada aku ini sangat-sangat tak logik dan sangat-sangat spoil. Kanser bai, Bukan buasir. 
Lepastu surat doktor tu pun dekat bawah beg roda je pun. Dalam almari je pun. Para suami memang langsung tak pernah nak check bawah beg ke? 

6) Mati accident dengan ayah mertua sendiri. Sekali lagi penjimatan kos bagi mewujudkan efek kesedihan melampau. Spoil yang teramat sangat.

7) Mati bersama di hari raya. Ok, memang hidup mati di tangan Allah. Ada ja suami isteri mati bersama contohnya sebab kemalangan jalanraya. Tapi mati sebab kanser selepas menatap jenazah suami....hmmmm..so sweet..tapi spoil jugak.

Dua (2) perkara yang aku betul-betul suka dalam drama tu ialah :

1) Boyfren aku - Sofi Jikan                                                                            

2) Soundtrack Dengarlah Bintang Hatiku oleh band De'Meises.

Dan kalaulah aku Zahra, aku akan :

1)  Menggalakkan suami aku kawin lain demi kepentingan dia dan aku. Kepentingan aku ialah aku nak dapatkan best treatment supaya aku dapat hidup dan tumpukan pada saki baki hidup..termasuklah jadi isteri yang nak dapatkan redha suami sebelum aku mati..Kepentingan suami aku ialah dia berhak menjalani hidup dia tanpa diabaikan keperluan dia.

Sekian ulasan aku. Terimalah, boyfren aku yang tidak pernah gagal membuat aku ketawa hingga menangis.


Taste sangat. Muka ganas tapi hati taman.

ps - Aku cakap memangla senangkan, tapi hidup ni kena REALISTIK. Tak seindah drama TV.
ps - Hati kita ni milik Allah. Kalau Allah nak bolak-balikkan hati kita, sekelip mata jer. Jangan sombong.
ps - Hari ni kau suka satu orang separuh mati, esoknya kau rasa 'Eii jahanamnya mamat ni'. Hahahuhuhii.

Comments

Sofi Jikan said…
REALITINYA.... Jalan citer mcm ni yang pompuan suka tengok. Bagi penerbit, tak kisah la jalan citernya mcm mane pun, asalkan boleh mendatangkan wang. Business maaa...
..nOWa.. said…
Omaigod omaigod omaigod. Abang Sofiiii. (tangandibahumatakeatas)
Benar apa yg dikatakan itu. Saya akur. Ini semua duit maa. Hua hua hua.
..nOWa.. said…
This comment has been removed by the author.
yOn nOy said…
Real sofi jikan ker tu?
..nOWa.. said…
hahahaaa! takde maknanya..tipu le tewww..

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.