AKU, KAU DAN PULAPOL ITU

Assalamualaikum!

Holaaaaa!! I'm backkkk. Haa. Ada kau orang kesah? Sampai hati. Huhu. Terimalah sajak puitis daripada aku. Hihii.

Datangku kau undang
Terpaksa, itu bukan aku
Aku rela, aku sanggup
Aku redah

Pagi di sini bermula pukul 4
Mana nak rebut bilik mandi
Mana nak curi masa duduk bilik termenung
Itu semua pengurusan masa
Sebab suka tak suka
Pukul 5 pagi kau kena beratur

Pagi kau bawa ke tengahari
Tengahari kau bawa ke petang
Petang bawa ke malam
Berlari kau sampai melecet kaki
Berjalan kau paras sampai melecet ketiak
Berkawad kau sampai kau kurus
Tapi tengok jugak kau makan banyak mana

Sehari dua berlalu
Kau masih suka
Masuk seminggu dua
Kau mula gila
Mana tidaknya
Muka yang sama kau tengok
Perangai bermacam yang kau hadap

Ada tonggang
Ada terbalik
Tapi orang-orang itulah juga
Yang hulur kau maggi dan biskut bila kau lapar malam-malam
Yang bagi pinjam dua ringgit
Sebab kau kepingin nak minum air vending machine
Yang kasi kau pinjam kasut
Yang bagi kau guna sabun basuh
Yang kasi kau pinjam telefon..(seludup punya)

Penghibur kau kat sana
Jurulatih yang macam-macam style
Dengan matlamat yang tersendiri
Yang nak jadikan kau kurus
Yang nak pastikan kau hitam
Yang nak kau tip-top
Yang nak kau keluar dari kelompok 'awam'

Akhirnya bila cukup masa
Kau kena tinggalkan PULAPOL
Pandai kau sedih, menangis la juga
Sebab kau tau
Susah kau dapat jumpa squadmate kau lagi
Susah kau dapat makan bubur kacang tiap hari
Susah kau nak nampak PTT tunggu kau tepi jalan
Susah kau nak dengar suara merdu jurulatih
Susah kau nak lalu jalan yang sama dari kompeni pegi kelas
Susah kau nak berkawad elok-elok sampai bermandi peluh
Semua susah..

Orang lain pun ada jugak pegi PULAPOL
Dahsyat dia berbeza-beza
Yang ini tak sedahsyat mana
Tapi bukan itu yang kita kira

Terima kasih Allah
Beri masa berharga ini
Pertemukan kami semua dalam susah dan senang ini
Terima kasih PULAPOL Bukit Sentosa
Terima kasih pegawai dan staf
Anda semua memang ranggi


Detachment 1


Detachment 2


Detachment 3

*ps - Ada benda yang aku rindu tertinggal kat PULAPOL tu. Tapi benda tu ialah rahsia. Haha! Lempang diri sendiri.




Comments

Anonymous said…
Dasaaattt!!!

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.