My Day 9

Assalamualaikum!

Dulu-dulu masa blogging ni baru nak naik, banyak orang tulis entry gaya 30 days challenge. Alah, tulis ikut tajuk,  ikut hari. Rupanya aku punya semangat tulis entry by challenge ni terhenti tahap Day-8 jer..Hahaaa! Giler pemalas. Entry tu pasal gambar favourite aku. Kat sini.

Sekali tu tengok apakah tajuk My Day 9? Mak aihhhhhhhh! Tu diaaa! Tu diaaa!! Your Dream Wedding kata dia....hahahaaaa!

Entahlah, aku tak ada dream wedding yang spesifik. Aku cuma harap begini.

  1. Pengantin lelaki tu bila aku pandang dia, aku pasti dia adalah orang yang aku sayang dan aku hendak hidup bersama dia di dunia dan akhirat.
  2. Masa aku pakai baju pengantin, berat aku ialah lingkungan 65kg - 68kg sahaja. Hahaaa!
  3. Aku tak terlepas menjemput kawan-kawan sejak tabika KEMAS, SRK Jalan Bomba, SMK Dato' Harun, UiTM Shah Alam, PALAPES, KD Sri Klang, MN Associates, Zahiriah & Co, MAIS dan seterusnya UiTM Melaka. Eh? Ada yang tertinggal tak?
  4. Majlis kahwin aku adalah majlis reunion yang sederhana tapi meriah buat saudara-mara, rakan taulan dan jiran tetangga.
  5. Semua orang mendoakan kebahagiaan aku dan suami.

ps - Semoga dipermudahkan. Aamiin.



Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.