Aku Anak Yatim Piatu

Assalamualaikum....

Kiranya, ini lah punca hilang segala keinginan nak menulis di blog selama ini.

8 tahun yang lepas, Aidifitri kami sambut bersama Mak dan pertama kali tanpa Ayah. Canggung. Namun atas ketabahan Mak, kami tetap bersatu sekeluarga.

Tahun ini, ketibaan Ramadhan kami sambut tanpa Mak. Sunyi. Kosong. 

========================================================================

Tanggal 22 April 2017, telah pulang ke pangkuan pencipta seorang ibu yang dicintai...selama-lamanya..tak dapat lagi aku pegang dan cium..tak dapat lagi aku peluk..terhenti sudah doa seorang ibu buat aku..

Terlalu banyak cerita..cubaan dan dugaan..

Tak akan padam dari ingatan saat dia terbujur kaku..tanpa nyawa..kami anak-anak memandikan, mengkafankan..mencium dahinya buat kali terakhir..menghantarnya ke daerah yang kekal abadi..

Mak..

Tinggal lah Mak baik-baik di sini..
Selagi hayat dikandung badan, doa untuk Mak Kak Chik kirimkan..

Semoga Mak dan Ayah disatukan semula di dalam syurga Allah..

Kak Chik akan menyusul kamu berdua satu hari nanti. Di waktu yang telah ditetapkan oleh Allah.

Ya Allah,

Ampuni dosaku. Ampuni dosa kedua ibubapaku.
Tempatkan mereka berdua di dalam syurgaMu atas kebaikan dan amal mereka di dunia ini.

Aamiin.



Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.