Amukan Oven.

Assalamualaikum.

Dekat ofis hari ni ada buat potluck sempena Ihya' Ramadhan plus bacaan Yaasin dan tahlil sekali. So masa tentukan menu, aku dengan bangganya bagitau nak bawak brownies kedut. Bahan memang dah berkurun beli tapi masa yang sesuai belum tiba lagi. So, ini lah masa yang ditunggu-tunggu! Hihiii.

So, malam tadi suami ajak makan kat luar. Plan aku ialah nak buat popia sayur as kudapan sebab suami tak nak makan nasik. End up, dia ajak makan steamboat kat Klebang. Apalagi, zasss! Memang suka lah kan tak jadi masak. Hihihii. Cepat2 simpan semua bahan dalam peti ais balik.

Balik dari Klebang dah pukul 10.30 malam. Anak pun dah tido. Aku pun keluarkan lah bahan brownies kedut. Suami dengan keyakinan yang tinggi request nak bawak bekal popia sayur yang aku war-warkan tu esok pagi. =_+

Tarik nafas jap. 

Kletang-kletung aku buat inti popia. Dalam masa yang sama duk double-boil chocolate. Pastu ayak tepung. zas-zas siap inti popia and sejukkan. Kulit popia pulak kena kopek satu-satu. Peluh mak-mak dah menitik. Jam dah pukul 12.30 malam. 

Aku pun tekan suis oven sebab resepi kata panaskan oven dulu setengah jam.Tiba-tiba 'pop' trip kat main switch. Arrrghhhhhhhhhhhhh!

Kenapa di saat-saat begini kau membuat sebegini kepada diriku iniiiiiiiiiiiii?

Wassalamun dah oven aku.

Tak nak cakap lagi. Bye.

Comments

sarah said…
SALAM RAMADHAN..KN BELI BARU LA KAK..
..nOWa.. said…
Hahaaa! Memang nak kena beli baru la tu walaupun gunanya kala rajin jer...hihiiii

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.