Jawapan Kepada Lamaran Si Teruna? No, He Is Married Man..

Jawapan balas kepada 'Mengapa Anda masih Belum Berkahwin Di Usia 28 Tahun??'

Penanya : Encik O**
Penjawab : Aku
Situasi : Melalui e-mel (kerana Encik O hanya berani di belakang aku bukan di depan)

assalamualaikum!

wah wah wah..o**..kembang kempis idung kena puji..
harapan aku semoga apa yang dikata, dibuat benar.. aminnn..
o** nampak tak tulisan merah tu?

maknanya, betul lah o** ni dah kawen..beristeri satu beranak lima?
tapi mengapa o** susah hendak mengaku, malah berselindung pula status diri yang sebenar..kan tak baik begitu..

soal jodoh ini terletak di tangan allah..tetapi sebagai manusia, pengalaman diri dan pengalaman orang lain, jadi panduan dalam memilih jodoh..aku bukanlah orang yang terdesak hendak berteman hidup biarpun keinginan itu ada, takut berbuat diri marah kepada takdir allah pula..

yang dipinta hanya satu iaitu allah kurniakan kepada aku suami yang soleh, supaya aku jadi isteri yang solehah dan dapat didik anak2 jadi soleh dan solehah..umur, pangkat dan juga rupa bukanlah ukuran..suami orang? bukanlah pilihan utama..walau bagaimanapun, jika tertulis jodoh itu perlu dikongsi dengan org lain, biarlah lelaki tersebut bersikap jujur, ikhlas, penyayang dan adil..jika sekadar berpengalaman dan mampu tapi tidak jujur dan ikhlas, lebih baik bersendiri sehingga berjumpa dengan dia yang dapat menerima kekurangan diri ni seadanya..

o**,
pada pendapat aku jodoh itu bukanlah mengenai kita telah jatuh cinta pada orang yang kita rasakan tepat untuk diri kita..tapi pada aku, jodoh itu adalah bila kita bertemu seseorang pada masa, tempat dan keadaan yang tepat dan betul..

kita selalu meminta bermacam2 perkara daripada allah..kita marah bila allah tak beri macam mana yang kita inginkan..tetapi adakah kita tahu samada perkara yang kita minta itu adalah baik untuk kita? Kesimpulannya, hanya allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita..jadi aku cuma minta allah berikan yang terbaik untuk aku..

aku percaya jodoh aku ada..cuma jalannya berliku2..lambat sampainya =)

tak macam o**, kawin muda dan bahagia sekarang..kerana mungkin jalannya lurus? =)

sekian sahaja ceramah saya untuk kali ini..terima kasih kpd butik Sekali Pandang Kena Beli yang telah menaja jubah seluar saya, terima kasih kepada juru andam dari butik andaman Make up Tebal Pun Tak Guna Juga yang telah menaiktaraf wajah saya, terima kasih kepada katering Makan Banyak Bayarpun Banyak yang telah menaja sarapan pagi saya hari ini..semoga kita bertemu lagi di hari dan waktu yang sama..

wabillahitaufik walhidayah
assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..


**ps1 - menanya orang 'mengapa ko belum kawen' sebenarnya adalah bukan sejenis soalan, macamla aku boleh bagi jawapan..terima lah hakikat bahawa aku belum berjodoh..maka kamu, kamu dan kamu (lelaki yang telah berkahwin) tidak perlu rasa menyesal..i am okay being single for this time being! Chill!!

**ps2 - terlalu byk mengasak perempuan bujang dengan soalan ini akan menimbulkan perasaan seperti hendak merogol lelaki pula..haisshh!!

Comments

Hunny said…
Salam Nowa,

Jawapan yang tepat kepada soalan Encik O**.. tapi janganlah sampai nak merogol anak teruna orang ek? Hahahahaha...
Luca DK said…
gua rela jadi mangsa. hahaha!
..nOWa.. said…
kak hani - hahahaaa!!
luca - huahuahuaaaahuaa!! (jaga2 haa..)

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.