Aurat - Aku Dengan Anak Buah.
Assalamualaikum.
Aku bukanlah alim mana. Dan aku jugak tidaklah se arif mana. Jahil, dan masih jahil.
Seingat aku, aku mula pakai tudung masa darjah 4. Dari darjah 1 sampai darjah 3 aku pakai pendaform. Ke Spendaform? Pendaflour? Hahaa!
Alaaa..aku pakai lagi uniform sekolah yang skirt tu. Selamba jer. Dah la betis banyak parut kudis buta. Berkeyakinan sungguh. Ye la. Mana tau syahwat ke apa time tu. Tak paham lagi. Budak lelaki time tu pun bukan reti bab-bab gatal ni. Semua kisah nak main tutup botol, tepuk terup, jentik pemadam jer.....
Tak macam budak lelaki zaman sekarang. Darjah 3 dah pandai beromen.......nauzubillah min zalik. Nak salahkan sapa tu? Fikir balik...
Naik sekolah menengah seingat aku, aku pakai tudung on-off. Pegi sekolah, pakai. Pegi kedai tak pakai. Masa tu masih juga tak faham hal aurat yang sebenar-benarnya. Pakai tudung pun jenis skaf kecik 4 segi lipat hujung ke hujung jadi 3 segi. Bayangkan, dapat? Dapat? Alaaaa..yang macam Cikgu Bedah pakai dalam cerita adik Manja tu. Tutup kepala tapi nampak leher.
Tapi bila masuk tingkatan 4 ke 5 tu aku dah tak pakai skaf. Pakai tudung penuh. Pegi kedai pun malas. Malu kalau kawan kutuk 'Eleh pegi kedai tak pakai tudung.' Jadi dari situ aku jadi budak yang tak suka sangat keluar rumah. Dasar pemalas sebenarnya. Hahaaa!
Masuk ITM aku pakai tudung memang. Tapi style cerut bawah dagu. Ye la, time tu tahun 1999 kot..dah tak pakai dah tudung siap jahit. Shawl pun tak keluar lagi time tu..adanya lebih kepada skaf 4 segi la..tapi saiz besar bukan macam style Cikgu Bedah. Jadi, bila dah broochkan bawah dagu tu, ko amik hujung tudung tu dua-dua ko ikat terus kat dagu. Jadila macam janggut panjang. Okay, dapat? Itu style time tu. Nak buat macam mana, ikut je la kan. Buruk pun diri sendiri jugak. Hahaaa! Time ni, nama je belajar tinggi, tapi dipaksa-paksa jer hati tu kurang ambik tau hal aurat. Hmmmm.
Sampai lah kerja. Macam-macam evolusi tudung. Style ekor ikan, style selempang, style toncit, style antenna. Pakai ikut style. Yang baiknya, bila nak keluar dari rumah, ada kesedaran, pakai tudung. Tak boleh kasik orang lain tengok rambut kau kecuali keluarga dan kawan-kawan perempuan. Pelan-pelan faham.
Bila masuk kerja MAIS, hari pertama interview ada rasa sentimen 'Oi ni kerja kat tempat sangkut paut agama pakai tudung elok-elok lah sikit. Buat macam tak jahil sangat bab aurat'. Monolog dalam hati la tu kononnya. Allah punya kuasa, lebih kurang 8 tahun lebih kerja situ, dari 'gesaan' hingga jadi cara hidup. Faham pakai tudung tu maksudnya pakai yang menutup dada. Pelan-pelan faham pakai tudung yang tak jarang, jangan nampak susuk leher. Orang agama pun, orang juga. Manusia juga. Ada hak untuk belajar dan baiki diri. Yang bukan kerja tempat agama pun, manusia juga apa. Kan.
Satu hari ada saudara datang ziarah ke rumah. Aku pun, ambik tudung awning, jenguk muka dan bersalam. Lepas tu pelan-pelan aku engsot-engsot lari dalam bilik. Mesti buat senyap-senyap jangan sampai Mak perasan. Semakin dewasa aku semakin menjadi pemalu pulaknya. Padahal anti-sosial. Hahaaa!
Sekali tu anak buah aku Haziq yang masa tu baru 4 tahun datang masuk bilik. Masa tu aku tengah baring-baring tengok tivi. Tapi masih pakai tudung. (Baca dengan hati terbuka. Niat baik)
Haziq : Makcik, nak pergi mana?
Aku : Takde mana.
Haziq : Kenapa Makcik pakai tudung?
Aku : Kan ada orang datang tu. Kena lah pakai tudung.
Haziq : Tapi Makcik X (kakak aku) tak pakai pun?
Aku : Takpelah. Kalau pakai lagi bagus.
Aku terdiam kejap. Budak 4 tahun dah mula perhatikan kita. Berfikir pulak tu dia, mengapa dia, mengapa tidak, mengapa iya....sejak tu, aku pun sama juga mula berfikir. Nak bezakan diri aku dengan anak buah aku, aku putuskan untuk bertindak. Up satu level.
Sekarang aku masih belajar bab aurat dan sedang belajar-belajar jaga aurat dengan ipar duai. Bagi orang lain mungkin aku terlambat. Aku percaya ilmu tak akan pernah habis. Aku percaya Allah sayang aku. Allah Maha Mendengar. Kerana hidayah daripadaNya lah yang aku sering minta-minta.
Doakan, istiqamah.
ps - Pernahkah kita terfikir, anak-anak kita rosak sebab kita. Ya, kita baru Makcik dia saja. Kalau kita ibu bapa dia macam mana pulak...tak senang melahirkan, tak senang pula mendidik.
ps - Tidak pernah ada terlewat bagi sesiapa pun. Allah ada.
Comments