Makcik Gayah (Bukan Nama Sebenar)

Assalamualaikum.

Halo-halooo. Apa macam cuti tahun baru cina? Melekat dalam jammed tak? Hihii. As for me, alhamdulillah. Cuti panjang yang sangat adventerous dan seronok. Ada la cerita dia tu. Lain kali lah share.

Malam tadi, ada kenduri tahlil rumah Mama. Sebagai menantu solehah hah hah hah haruslah sampai paling lambat sekali lepastu bila dah sampai terus buat-buat sibuk sehinggakan semua orang tak tahu yang diri ini baru jer sampai. Hahaaa!

Macam biasa, Ayah masak sedap, menu mesti power. Asam pedas daging tetel, solok cili, sayur keladi masak lemak, ikan goreng dengan sambal belacan air mata air tangan Mama. Perghhhh!

Cerita dia masa drive balik tu biasa la sembang-sembang karut dengan Baby Tua I tu. Dia kalau aku bercerita memang macam manot jer dengar. Muka selenga jer macam tekun. Tapi hakikatnya dia jer yang tahu. Hahahha! Dah la dia selalu komplen cerita aku selalu panjang. Aku pulak ada masalah suka cerita benda yang sama ulang-ulang kali. Hihii. Penyakit kot. Punyalah nak check sama ada aku bercakap dengan stereng atau pun apa, aku pun soal balik.

Aku : Ok, kalau awak betul-betul dengar apa yang saya cakap tadi, siapakah nama Makcik dalam cerita saya tu?

Dia : Makcik Gayahhh! 

Hahaaa! Which is betul lah jawapan dia tu. Puas hati aku. 

Cerita pasal Makcik Gayah ni menarik sebenarnya. Aku bagitahu suami aku, dekat Mekah Allah akan tunjuk perangai sebenar kita. Tak boleh nak sorok dah. Dekat tanah suci jugak Allah akan uji kita dan apa yang kita buat akan dapat balasan 'cash'. (ikut pengalaman aku lah)

Sebab Makcik Gayah, kesabaran aku punah pada hari terakhir kat Mekah. Puncanya dia tinggalkan Mak aku masa aku cari beg bunjut selipar kitorang yang hilang. Sedangkan aku suruh dia tunggu kat situ dengan Mak aku sementara aku pegi cari. Beg bunjut dah jumpa, Makcik Gayah muncul nak ambik selipar dia. Bila aku tanya 'Mana Mak saya?' Dia kata 'Mana aku tahu Mak engkau.' 

Mak aku hilang dalam kesesakan umat manusia di Masjidil Haram.....

Allahuakbar..nak menangis rasa masa tu. Risau aku Mak balik hotel berkaki ayam. Makcik Gayah dah blah lepas dapat selipar dia. Aku pun tunggu Mak dekat tepi pintu sambil doa dari sudut hati yang paling dalam.......

Tak lama lepas tu nampak Mak keluar dari celah-celah orang ramai dengan wajah ceria dia. Allah makbulkan permintaan aku. Allahuakbar.

Makcik Gayah? Sejak dari tu dah tak ikut aku dengan Mak pergi masjid lagi. Dia berpindah ke geng yang lain. Takpelah, asalkan kami semua bahagia dan tenang.

Bila kenang balik pengalaman jadi tetamu Allah, selalu aku bagitahu Mak. 'Punyalah lama kita jaga sabar kita dekat Mekah Mak, Allah uji kita sikit je habis hilang semua sabar. Lemah sungguh kita ni.'

Kalau aku bersabar sikit, mesti hubungan aku dengan Makcik Gayah baik-baik aja. Walau pun sekarang pun takde dendam, marah atau benci tapi ia sekadar begitu saja. Takde sillaturrahim yang dipanjangkan selepas balik dari umrah. Tak macam dengan kawan-kawan umrah yang lain.

Tapi, aku harap satu hari nanti aku dapat jumpa Makcik Gayah dalam keadaan yang lebih baik. Dah la pulak dia orang Melaka. Manalah tahu kot-kot terjumpa dekat pasar malam Alor Gajah atau Masjid Tanah. Hihii.

Moralnya, dekat sana pun kita diuji apatah lagi kat sini. Nak sabar atau tak nak bersabar ikut kita. 


Tiap kali solat, memang akan duduk dekat 'port' ni. Jauh sikit berjalan ke dalam but u know it worth.

ps - Aku lupa apa punca aku bukak cerita Makcik Gayah pada Tonjer aku. Nak bagi dia keinsafan kot. Heee.


Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.