Kisah Si Penjahit Manik

Di tangannya ada sebilah jarum
Tersemat manik dilembar benang
Cantik warna manik
Penuh warna-warni
Terbias dek cahaya
Hatinya berbunga riang

Di sulam manik itu
Pada sehelai baju
Biar bertambah seri
Yang memakai terasa cantik
Yang memandang terasa berkenan
Memuji cantiknya kerja seni
Si Penjahit Manik..

Terdengar dia pujian itu
Kembang hatinya bak matahari
Bersinar-sinar, berwarna-warni
Umpama taburan manik

Tambah senang rasa hatinya
Melihat yang memakai rasa gembira
Kerana memang itu yang diinginkannya
Membuat gusar jadi ceria
Membuat suram jadi berwarna
Membuat duka jadi suka

Tidak tinggi harapannya
Hanya berharap bajunya cantik
Oleh kerana manik

Siap manik dijahit pada baju
Habis selembar benangnya
Habis butir maniknya
Tangannya kosong
Tiada bertari lagi jari seninya
Hampa wajahnya
Bagaimana pula dengan hatinya?

Tidak dia meminta lebih
Cuma sepalit rasa suka
Yang bisa isi kekosongan hatinya
Yang dapat tutup kelompangan sunyinya
Yang dapat paut harapan
Dan segala impiannya

Dia hidup sendiri..
Cuma berteman dengan warna-warni manik
Biarpun hatinya cuma sewarna
Putih..

**ps1 – I wrote this from the bottom of my heart on 6th of May, 2009 at 0532H
**ps2 - terima lah hakikat bahawa unsur jiwang dan tangkap leleh itu adalah normal..

Comments

aza azita amru said…
salam aku pada si penjahit manik...
ana said…
aku akui hakikat kau memang jiwang..hahahaha
Hunny said…
Salam Nowa,

Tentu terharu si penjahit manik, andainya si dia tahu, seseorang begitu memahaminya dan mendalami jiwanya... tentu hatinya tidak sunyi lagi...
wahhh buat sendiri ke?? wahhhhh ..mmg talented...!!


sangat suka entry nie..
..nOWa.. said…
aza - insyaallah
kak ana - itu baru sikit..heheheehhh
kak hani - tiba2 terasa syahdu sebab dia..
sarah - thanxxxx!! percobaan pertama..

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.