Pernah Tak Anda Berasa Seperti Hendak Berkata Sesuatu, Tetapi Ternyata Anda Gagal Menyusun Kata2 Dalam Fikiran Anda Sendiri Jadi Apatah Lagi Menulis?

Assalamualaikum!
Terima kasih jika anda membaca ini..izinkan aku poyo seketika dengan bertanya..’adakah anda ternanti2 entry terbaru saya?’ Hah! :p

Melainkan aku adalah jasni evil, pidomat kencing sumbang atau macham iz yang suka pakai selendang, barulah aku layak bertanya sedemikian, bukan?

Secara jujur..penulisan dari hati ini, (kononnya) aku telah tidak tahu lagi hala tujunya..penubuhan asal blog ini adalah kerana nuffnang namun ternyata aku gagal..(wang tambahan itu dari hasil jual ubat kurus rupanya..)

Kemudian ia telah tersasar menjadi travelog..himpunan kisah2 benar..sehinggalah ianya benar2 terjadi..

It is all about my own self..yang handal buat Juriah ketawa..yang sanggup membuat lakonan semula aksi2 buruk depan Aza dan yang kalau menasihatkan orang, memang ada yang terpedaya..hehehh..

Akhir2 ini, aku seperti berasa ciri2 asli dalam diri aku sudah mula menghilang sedikit demi sedikit..bertukar menjadi seseorang yang agak membosankan (namun masih cantik) dan lebih sentimental..(tapi bukan sakit mental)..

Sesungguhnya..ketiadaan ayah telah merampas separuh dari hidup yang aku miliki..dan aku bertahan demi kasih sayang emak..

Ayah..sangat tinggi hikmahnya..kerana kehilangan ini menjadikan anak ayah lebih menghargai apa yang ada..

**ps1 – ada orang telah mengingatkan aku bahawa aku sekarang adalah anak yatim..
**ps2 – kadang2 terasa ingin berpergian..jom?

Comments

aza azita amru said…
ps3 - jangan lupa kamu ada teman si anak yatim...peneman mu juga si anak yatim...
Hunny said…
Salam Nowa,

Saya memang ternanti-nanti entry terbarumu, kerana entrymu penuh dengan perasaan.. yang menyatakan perasaan dari jiwamu, dan penulisan dari hatimu...
..nOWa.. said…
kak hunny - terima kasih kerana membaca.. :)

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.