The Other Side Of Me - Panggilan Agung

Satu malam sedang aku, emak dan kakak berbaring2 sambil tengok tv..

Sambil2 borak kosong, isu menantu mak yang bernazar hendak hantar emak buat umrah..plan asalnya ialah emak dan ayah yang pergi selepas ayah buat operation sambung balik usus besarnya yang dipotong kerana jangkitan kuman..tapi Allah telah tetapkan bahawa ayah tidak sempat operation dan akhirnya kembali ke rahmatullah pada 17 ramadhan..(alhamdulillah, kami telah buatkan upah haji untuk arwah ayah)..

Mak : Mak teringin benar hendak pergi..mak dah fikir..Joe kata bila2 masa ja boleh..

Aku dalam posisi meniarap dan kejap2 terlentang antara beri perhatian dengan tidak pada kata emak..tapi aku sahut juga dengan jawapan 'ha'- ekspresi minta emak cakap dengan lebih lanjut..sound tv, sound kepala kipas tak ber gris bersatu minta perhatian..aku bangun, duduk, sama macam emak..

Mak : Mona tak boleh pergi sebab dia tgh sarat..Mak rasa, mak...

Aku dan kakak pandang emak..lepas tu kami pandang sesama sendiri..buat muka jahat sebab nak tahu emak nak bawa siapa..tapi yang pasti, muka aku lebih jahat dari kakak aku..

Mak : Mak nak ajak ini..

Mak tepuk paha aku..kakak aku terus pengsan (taklah, tipu jer)

Aku pandang emak..aku pandang kakak..

Satu perasaan yang tidak boleh digambarkan..perkara yang tidak pernah terfikir akan berlaku pada aku pada waktu ini..seolah2 Allah telah menuntun aku kepada perkara yang aku tercari2 selama ini..ketenangan..

Tanpa sedar, ada air mata yang keluar..

Aku menelungkup..menutup muka pada bantal..

Terima kasih, tuhanku..

Mak tepuk2 bontot aku..

-bersambung....

Comments

Hunny said…
Salam Nowa,

Itulah rezeki namanya.. banyak2 syukur pada Allah... :)

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang