Berapa Penduduk Dunia? Aku Pun Tak Tahu..Tapi Bukankah Setiap Masalah Ada Tahap Tinggi Dan Rendah?
Assalamualaikum! Bertemu lagi. Adalah tidak adil menyalahkan waktu dan mengatakan 24 jam sehari itu tidak mencukupi untuk berbuat pelbagai perkara sekiranya kau pilih untuk tidur 8 jam sehari hanya semata2 hendak kurangkan eye bag dan tak mahu nampak tua. Oh! Itu seakan2 aku. Baiklah. Masalah 1 - Ayesh anak buah aku tidak tahu mengaplikasi kata2 selaras dengan body language. Mulut kata nak, tapi kepala geleng-geleng. Parah. Ayesh, Mak Cik akan cuba menunaikan apa yang Ayesh mahu kan biarpun Mak Cik keliru. Ayesh minta gunakan hati saja. Jangan susah2 ok. Masalah 2 - Kawan baik aku jatuh cinta dengan seorang lelaki baik tetapi lelaki tersebut kehilangan satu gigi di bahagian belakang, atas. (tolonglah bayangkan. Aku merayu.) Bila tersenyum lebar, nampak sangat lopong satu gigi. Itu yang mengganggu fikirannya. Buat kawan aku rasa tak selesa dan membayangkan kemungkinan2 yang akan muncul di masa hadapan bagi mereka dengan kondisi gigi jejaka idamannya itu. Masalah bagi dia. Kawan aku para...