Berapa Penduduk Dunia? Aku Pun Tak Tahu..Tapi Bukankah Setiap Masalah Ada Tahap Tinggi Dan Rendah?

Assalamualaikum!

Bertemu lagi. Adalah tidak adil menyalahkan waktu dan mengatakan 24 jam sehari itu tidak mencukupi untuk berbuat pelbagai perkara sekiranya kau pilih untuk tidur 8 jam sehari hanya semata2 hendak kurangkan eye bag dan tak mahu nampak tua. Oh! Itu seakan2 aku. Baiklah.

Masalah 1 - Ayesh anak buah aku tidak tahu mengaplikasi kata2 selaras dengan body language. Mulut kata nak, tapi kepala geleng-geleng. Parah.



Ayesh, Mak Cik akan cuba menunaikan apa yang Ayesh mahu kan biarpun Mak Cik keliru. Ayesh minta gunakan hati saja. Jangan susah2 ok.

Masalah 2 - Kawan baik aku jatuh cinta dengan seorang lelaki baik tetapi lelaki tersebut kehilangan satu gigi di bahagian belakang, atas. (tolonglah bayangkan. Aku merayu.) Bila tersenyum lebar, nampak sangat lopong satu gigi. Itu yang mengganggu fikirannya. Buat kawan aku rasa tak selesa dan membayangkan kemungkinan2 yang akan muncul di masa hadapan bagi mereka dengan kondisi gigi jejaka idamannya itu. Masalah bagi dia. Kawan aku parah.



Lulu, lihat kekasihku ini. Tak perlu senyum apatah lagi menunjukkan baris giginya. Tetap tidak menjejaskan kasih sayang aku kepadanya. Kerana aku mendengar apa yang dikatakannya dengan mata yang terpejam. Jika kekasihmu menunjukkan apa kekurangan yang ada pada dirinya, bukankah dia boleh dikategorikan sebagai jujur? Dan hilang satu gigi? Terima seadanya, ok. Gigi tersebut tidak terlalu berfungsi untuk kamu. Percayalah.

Masalah 3 - Mantan kekasih aku masih memanggil aku 'Yang' dengan alasan - I dah serasi. Kepala otak dia, cedera parah.

U, gambar di atas telah menerangkan segalanya. Hati ini telah dimiliki oleh musuh di zaman kanak2mu. Terimalah hakikat itu.

Masalah 4 - Seorang sahabat menginginkan nasihat sama ada dia patut bercerai atau terus bertahan demi anaknya? Aku parah sebab terlupa no. telefon Pejabat Agama.

Sahabat, tiada gambar untuk yang ini. Apa yang boleh aku katakan ialah tanyakan pada hati, apakah niatmu? Mempertahankan perkahwinan ini demi kasih sayangmu terhadap dia atau kepada anak itu? Sentiasalah memperbetulkan niat kamu kepada perkahwinan itu. Jika tiada dia, juga tiada anak itu, bukan? Nah, no telefon pejabat agama.

*ps - Ada masanya hati ini penat. Tapi itu bukan satu masalah. Bersyukur kerana masih ada yang membuat aku ketawa. Dan menghargai kasih sayang. Fullstop?

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang