Assalamualaikum. Aku bukanlah alim mana. Dan aku jugak tidaklah se arif mana. Jahil, dan masih jahil. Seingat aku, aku mula pakai tudung masa darjah 4. Dari darjah 1 sampai darjah 3 aku pakai pendaform. Ke Spendaform? Pendaflour? Hahaa! Alaaa..aku pakai lagi uniform sekolah yang skirt tu. Selamba jer. Dah la betis banyak parut kudis buta. Berkeyakinan sungguh. Ye la. Mana tau syahwat ke apa time tu. Tak paham lagi. Budak lelaki time tu pun bukan reti bab-bab gatal ni. Semua kisah nak main tutup botol, tepuk terup, jentik pemadam jer..... Tak macam budak lelaki zaman sekarang. Darjah 3 dah pandai beromen.......nauzubillah min zalik. Nak salahkan sapa tu? Fikir balik... Naik sekolah menengah seingat aku, aku pakai tudung on-off. Pegi sekolah, pakai. Pegi kedai tak pakai. Masa tu masih juga tak faham hal aurat yang sebenar-benarnya. Pakai tudung pun jenis skaf kecik 4 segi lipat hujung ke hujung jadi 3 segi. Bayangkan, dapat? Dapat? Alaaaa..yang macam Cikgu...
Assalamualaikum. Salam malam Jumaat. Heeee. Sejak dulu walaupun sebelum kahwin lagi, diri ni selalu jadi tempat rujuk pihak-pihak yang tertentu (yang mana selesa lah kan). Kadang-kadang untuk dapatkan second opinion pasal kerja, pasal masalah peribadi dan kadang-kadang masalah rumahtangga. Bukanlah bermakna diri ni macam bagus atau apa, tapi mungkin kebetulan masalah tu pernah dilalui atau pandangan kita tu menyenangkan hati pihak yang memerlukan. Wallahualam. Sejak berumahtangga ni, macam-macamlah perkongsian masalah yang diterima. Bila macamtu, bukan je kita terkesan dengan masalah orang lain, malah menjadikan kita lebih berusaha memperbaiki diri sendiri juga termasuk rumahtangga. Maklumlah rumahtangga ni terbina atas kasih sayang (insyaallah) dua pihak yang berbeza segala-galanya. Dalam hati manusia, siapalah yang tahu kan. Sebab tu, kita kena berserah diri kepada Allah. Sebab Allah berkuasa ke atas segalanya yang ada dimuka bumi ini termasuklah ke atas hat...
Assalamualaikum. Halo-halooo. Apa macam cuti tahun baru cina? Melekat dalam jammed tak? Hihii. As for me, alhamdulillah. Cuti panjang yang sangat adventerous dan seronok. Ada la cerita dia tu. Lain kali lah share. Malam tadi, ada kenduri tahlil rumah Mama. Sebagai menantu solehah hah hah hah haruslah sampai paling lambat sekali lepastu bila dah sampai terus buat-buat sibuk sehinggakan semua orang tak tahu yang diri ini baru jer sampai. Hahaaa! Macam biasa, Ayah masak sedap, menu mesti power. Asam pedas daging tetel, solok cili, sayur keladi masak lemak, ikan goreng dengan sambal belacan air mata air tangan Mama. Perghhhh! Cerita dia masa drive balik tu biasa la sembang-sembang karut dengan Baby Tua I tu. Dia kalau aku bercerita memang macam manot jer dengar. Muka selenga jer macam tekun. Tapi hakikatnya dia jer yang tahu. Hahahha! Dah la dia selalu komplen cerita aku selalu panjang. Aku pulak ada masalah suka cerita benda yang sama ulang-ulang kali. Hihii. Penyakit kot...
Comments