Rabiulawal.

Assalamualaikum.

Seseorang yang istimewa lahir pada bulan ini,
Dia juga diambil penciptanya pada bulan ini,
Yang tinggal adalah kasih sayangnya yang subur sepanjang zaman,
Ajarannya, sabdanya, kisah perjuangannya dan segala-galanya tentang dia.

Ya Allah, biarkan hati ini tetap rindu,
Biarkan jiwa ini sentiasa tercari-cari,
Izinkan diri ini bertemu dia,
Demi syafaat, demi cinta, demi rindu.

Aku rindu padamu, Ya Rasulullah.

ps - Bacalah selawat 'Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin.'
Maksudnya, "Ya, Allah, kurniakan pujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat beliau."


Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.