Sajak 'Sila Berurusan Dengan Senduk'
Assalamualaikum.
Oh Customer always right!
Kalau kau bisa seperti Indonesia Bisa,
Menganggap diri kau sentiasa 'customer always right',
Kau perlu bisa berfikir juga,
Adakah kau berurusan dengan monyet?
Atau engkaukah yang berkelakuan seperti monyet?
Janganlah engkau nak always right sangat,
Sebab bukan semua benda kau always know,
Sekali sekala cubalah percaya,
Customer sometimes get it wrong.
Sekalipun kau hendak mempertahankan kau punya right,
Kau minta lah dan buatlah dengan cara seperti kau berurusan dengan MANUSIA,
Barulah kau akan dilayan dengan lebih baik sebagai MANUSIA
Manusia yang pandai kecik hati bila kau cakap dia tak pandai buat kerja,
Manusia yang tahu marah bila kau tuduh dengan fakta yang salah,
Manusia yang tahu geram bila kau tak faham apa yang dia cakap,
Manusia yang tahu fade-up bila kau asik nak cepat sedangkan kau tahu kau kena sabar,
Kau kena menunggu,
Menunggu sampai masalah yang kau ciptakan itu,
Dapat diselesaikan.
ps- Bila kita berurusan di mana-mana, ingatlah bahawa kita sedang berurusan dengan manusia. So, please act like a human being. Tak kira lah dengan jabatan kerajaan ataupun swasta.
Comments