Sejarah Telefon

Assalamualaikum.

Holaaa! Yer, hari ini masak spagetti lagi. Macam semalam. Hahaaa! Tapi I ada improvised sikit letak ikan bilis. So jadila spagetti goreng kampung gitew..U all tak ada kan? Haha!

Dua tiga hari lepas masa outstation, pilot pasang Sinar FM. Time tu KE and gang bincang-bincang pasal apa handphone pertama yang kita pernah pakai. Bila dengar tu, teringat aku pada handphone pertama aku. Memang sentimental value. Masih aku simpan sampai sekarang.

Tada!



Jenama KYOCERA buatan Korea katanya. Ini lah  telefon pertama aku yang dibelikan oleh arwah ayah aku. Ayah belikan masa aku second year dekat ITM, tahun 2000. Masa kitorang tengah tengok2 handphone tiba2 telefon tokey tu berbunyi lagu Doraemon. Lepas tokey habis bercakap, ayah aku kata 'Tokey, saya mahu itu, macam awak pakai'. Tokey kata 'Aiyaa uncle, ini saya baru pakai 2 minggu, ini baru punya model, saya tak ada jual lo'. Lepas tu Ayah aku kata 'Kalau itu macam, kasi saya angkat lu punyalah'. Dan terjadi lah transaksi selepas itu. Hahaa! Ayah aku memang sempoi.

Lama jugak aku pakai phone ni, lebih kurang 5 tahun kot. Bunyi dia polifonik dah time tu, orang lain duk kalut ringtone monofonik (heh?). Lampu skrin dia warna hijau. Saiz kecik ja. Memang Kpop lah. Sayang aku dengan telefon ni. Ini kenangan aku dengan arwah ayah aku.

Second handphone. Nokia.


Ni aku beli sendiri. Beli sebab Kyocera aku dah tak boleh survive dah. Kata Korea, jadi charger susah cari, bateri tak ada stock. Akhirnya lepas bagi CPR pun dia tetap nazak, maka aku pun carilah pengganti dia. Time ni jenama Nokia memang tengah glamer. Semua pun nak pakai Nokia. Tak ingat kenapa aku pilih phone ni. Sebab murah kot. Aku tak ada nya nak kuar duit lebih dari RM500 sebab telefon jer. Lagi satu aku suka body dia colour brown. Tak macam typical handphone yang lain. Ececeh. Lain-lain function biasa ja. Ini aku rasa tak sampai 3 tahun pakai. Lepas tu timbul masalah bateri jugak.

Third handphone, Sony Ericsson.


Ni aku beli sendiri jugak. Aku bertukar kepada Sony lepas buat kajian mendalam. Sendiri kaji sendiri kata mendalam. Hahaa! Yang ni model Sony Walkman. So far, ok lah. Boleh goncang ja kalau nak tukar lagu. Keypad kat dalam, slide. Handphone ni jahanam sebab aku tertumpah air zam-zam dalam handbag. Menggelupur skrin dia dan akhirnya pulang kepada pencipta. Memang pemergian yang tidak disangka-sangka di saat aku tidak membajetkan keperluan mengganti handphone. Aku suka jugak time tu. Boleh bagitau client 'Maaflah..ada call saya ya..phone saya rosaaaakkk. Call office yer lepas ni.. (nada manja). Hahaha! Tapi sebab air zam-zam yang berkat, ada pula hamba Allah yang sudi pinjamkan handphone sementara aku ganti yang baru.  Terima kasih banyak2 :)

Telefon Semasa (Current Handphone)


Sony Experia. Off white, Android. Masih peminat Sony. But you know telefon Generasi Y ni jangka hayat purata 3 tahun ja. Tak macam kami generasi X, lebih tahan lasak, lebih tahan lama. Haha! Kena bersedia dalam tempoh 2 tahun akan datang untuk survey handphone baru.

ps- Aku tak pernah ada telefon idaman. Dan tak pernah menyimpan duit untuk memilikinya. I am not gadget lover. But i can be a good lover. Haha!

Comments

Hunny said…
Salam sis,

Sajer nak share. I fon mula2 masa tahun 2 kat UIA. Motorola yang gedabak tu.. balik anjing boleh mati ok? pastu i beli nokia 3310 jer.

Then sebab frust tahun 2005, i bought Sony Erricson walkman yang kaler oren. I bought yang original ok? I sayang sgt fon ni. Ada lagi la ni.simpan sampai sekarang.:)Phone paling lama n setia. Maybe sebab i bawak dia pi umrah tahun 2007, jadi dia jadi phone baik.:)

Tahun 2009, company lama sponsor fon Nokia 33** berapa ntah! Tak ingat. So, i pakai 2 phone dgn 2 line.

Tahun 2010, i beli Iphone 3GS. Yang underwater punya. Tapi tak best langsung! Buang duit ajer RM450. Pakai sekejap before i tukar fon baru in 2011.

Tahun 2011, kira paling mewah laaa beli fon.. First, bulan 3, i beli nokia yang baru. Best juga. Boleh whatsup and bergoogle mail. ada wifi. kira oklah.RM750. Company lama bayar. tapi suka hang kalau mesej banyak sangat.

Pastu, pindah company baru, bulan 5, i dapat peruntukan telefon. I dah terfikir nak pakai smartfon. So, I rembat fon idaman :Samsung Galaxy SII. Company baru sponsor. Perghhh!! Terbaik setakat ni.

Pastu, beberapa bulan pastu, I dapat pulak rezeki tergolek. IPhone4 percuma dari adik2 i yang melangkah bendul.

Satu jer rasa teringin nak beli is blackberry. Tapi sebab i dah ada 2 smartphone, i Android, i apple, what else i want kan?? Tapi kalau ada orang kasi, i ambik juga..:)

by the way, saya memang gadget lover.:) tengah berangan nak ada Samsung Tablet dan DSLR. InsyaAllah..:)
..nOWa.. said…
awwww..as conclusion, u always get what u want.. :)

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang