Untuk Semua Rakan Sekerja.
Assalamualaikum.
Saya tahu, kita semua sedang melalui hari-hari yang sukar. Kita semua sedang bergelut dengan semangat, motivasi diri, rasa hormat, perasaan marah dan bermacam-macam lagi perasaan yang kita semua tidak dapat terjemahkan dengan kata-kata. Apa yang mampu kita buat adalah memendam perasaan dan berdiam diri.
Atau ada di antara kita yang mengambil peluang ini dengan melakukan pelbagai pekerjaan yang boleh mengalihkan perhatian kita dari terus memikirkan permasalahan yang sama seperti menghilangkan diri dari pejabat dan membuat kerja-kerja peribadi seperti berjumpa pegawai bank untuk submit borang overlapped, berjumpa pembekal tudung bagi menjalankan perniagaan secara online, melayari airasia.com untuk survey-survey harga tiket paling murah untuk cuti panjang, mengemaskini resume dan sijil-sijil akademik sebagai persediaan temuduga, mendownload lagu-lagu terkini ke dalam handphone, melayari mudah.com untuk survey sparepart kancil convert MIRA, mengulangkaji pasaran emas, membuat carian di internet berhubung peluang kerja-kerja part time yang mudah tetapi memberi pulangan tinggi, memberi komen dan chatting di facebook atau blogwalking serta cuba mengimarahkan blog sendiri seperti saya?
Adakah kita salah? Ya. Saya dengan yakin menyatakan bahawa kita salah kerana tidak menunaikan amanah kita dengan sesempurna mungkin. Tapi siapakah yang akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah kita ini? Siapa yang akan bantu kita untuk menaikkan semula semangat kita yang telah hilang? Kita sendiri?
Saya ingin mengimbas kembali kisah seorang raja dan rakyatnya seperti yang pernah diceritakan oleh seseorang yang saya hormati.
'Sebuah kisah
dari buku R & R, karya Zul Ramli mengenai seorang raja yang baik dan
disayangi rakyat. Biasanya, pada hari keputeraan raja ini menerima hadiah
dari rakyat jelata. Tetapi bila hari keputeraan tiba, raja menitahkan
rakyatnya supaya tidak membawa hadiah, tetapi cukup menghadiahkannya secangkir
madu setiap orang. Lalu raja ini sediakan satu bilik besar dengan tempayan
besar bagi menyimpan madu.
Di hari keputeraan, datanglah rakyat menyembahkan hadiah yang ditetapkan. Setelah petang, raja masuk kebilik berkenaan untuk menjamah madu rakyatnya. Raja mengambil sesudu untuk di rasa tetapi tawar rasanya. Raja menyelok ke dalam tempayan dan mengambil lagi, dia terkejut, kerana semuanya adalah air biasa bukan madu. Raja mencari jawapan.
Di hari keputeraan, datanglah rakyat menyembahkan hadiah yang ditetapkan. Setelah petang, raja masuk kebilik berkenaan untuk menjamah madu rakyatnya. Raja mengambil sesudu untuk di rasa tetapi tawar rasanya. Raja menyelok ke dalam tempayan dan mengambil lagi, dia terkejut, kerana semuanya adalah air biasa bukan madu. Raja mencari jawapan.
Rupanya setiap orang rakyat yang
masuk, membawa cangkir berfikir apa salahnya dia seorang membawa air, siapa
yang tahu dan tentunya tidak menyebabkan madu yang lain rosak. Ironinya,
semua rakyat berfikir demikian dan membawa air bukan madu untuk rajanya. Inilah
contoh pekerjaan fardu kifayah, kita tak payah buat, kerana ada orang lain
buat, akhirnya semua orang tak buat..'
ps - Semua orang fikir ada orang tertentu yang sedang berusaha memperbetulkan keadaan sedangkan sebenarnya masing-masing tidak berbuat apa-apa untuk memperbetulkannya. Ternyata, semua orang perlu bersatu untuk memperbetulkan persepsi dan kesilapan supaya hasil yang baik dapat dinikmati semua. Ironinya, susahkah bersatu? Wallahualam.
Comments
angah - betul lah tu. Tapi kita perlu kuat untuk diri sendiri..