Posts

Showing posts from July, 2012

Menu Berbuka - Aku

Assalamualaikum. Sekarang ni, aku beli jer la. Dah berbulan jugak tak petik tombol dapur. Nak kata malas tak malas. Apa ke dia tu. Keadaan tak mengizinkan. Hihi. 1) Karipap. Tiap hari makan karipap pun takpe. 2) Murtabak. Ni tengok hari. 3) Roti john. Tengok penjual. Kacak, aku beli. 4) Karipap balik. Mak aiiihhh. Adakah aku sangat membosankan? Tidakkkkkkkkkkkk. Aku kurang makan nasik kat luar. Kecuali bila balik rumah Mak. Lagi satu, jangan bergantung pada aku bila nak review makanan. Semua aku kata sedap atau boleh lah. Kecuali pasal harga, aku pandai komplen. Secara kesimpulannya, apa pun yang kita makan, itulah rezeki yang Allah beri pada kita. Alhamdulillah sangat. Jangan banyak komplen, jangan membazir. ps - Aku suka makan, sebab tu aku gemuk. :)

Perasaan Oh Perasaan

Assalamualaikum. Vavavavaaaa..apa khabar semuanya? Pejam celik dah lima hari puasa yer.. Alhamdulillah, berjumpa juga kita dengan Ramadhan yang penuh berkat dengan rezeki di dalamnya..semoga ada Syawal yang penuh bahagia untuk kita semua..ececehhh..skema pulak aku akhir-akhir ni yer..hehhheh.. Hari ni aku nak kongsi pasal 'perasaan'. Perasaan yang bila kau rasa kau tak boleh bangun setiap pagi pada waktu yang kau tak pernah fikir kau kena bangun semata-mata sebab kau nak pergi KERJA. Ya, kerja. Supaya tiap hujung bulan, kau dapat gaji, dengan duit gaji tu kau akan beri pada mak, tutup lubang-lubang pinjaman, bayar bil-bil, beli kasut, baju, makan sedap-sedap, belanja kawan-kawan dan tak lupa juga beli benda yang tak berfaedah. Apa dia, biarlah aku dan kau saja tau. Ya, itu baru perasaan nak pergi kerja. Sambung lagi. Dengan perasaan kau drive waktu jalan lengang, hari masih gelap, layan radio, makan skittle sebab nak renjatan berjaga, lumba-lumba sikit supaya te...

Persediaan Sebelum Kena Transfer

Assalamualaikum. Amaran : Persediaan ni sesuai untuk sesetengah orang je. Terutama yang jenis macam aku. Yang kena transfer dari Shah Alam ke Kuala Kubu Baru. Juga Ratu Sesat. Heheh. Satu. Pergi tinjau ofis baru 2 hari sebelum lapor diri. Tengok-tengok jalan mana yang kita nak lalu. Masa ni buat catatan berapa tol nak lalu, berapa ringgit, berapa lama, berapa jarak. Time tu boleh pikir2 dalam hati nak ulang alik ke atau nak sewa rumah dekat dengan opis. Boleh pikir dan terus berpikir. Dua. Beli smart tag. Tak payah beli kalau tempat kerja kau tak lalu tol. Sebab kalau jarak transfer menyebabkan kau kena keluar rumah seawal Subuh, jangan ambik risiko bayar tol tunai-tunai ni. Sekali hulur duit yang sambut tu takde kepala. Masak. Hahahaa! Lawak jer. Tak kuasa lah penat-penat drive lepastu nak queue panjang-panjang sebab bayar tol. Lepastu sampai rumah dah penat, merempan-rempan. Terus malas kerja. Berenti terus. Tiga. Polish kereta. Imej tu. Pegi cuci kereta bagi ber...

New Chapter

Assalamualaikum. Akhirnya...akhirnya..akhirnya... Penghijrahan yang dinanti telah bertemu jalan mula.. Biar pun memberi kesan dalam hati, Ternampak juga jalan keluar bagi kegundahan hati yang terpendam selama ini.. Terima kasih Ya Allah.. Hari ini, esok dan seterusnya, Perlu cekalkan hati, Demi satu lembaran baru, Demi cabaran yang menanti di depan.. Biar orang terus berkata, Biarkan, biarkan biarkan.. Bukankah kebenaran akan tetap berdiri, Cuma masa jadi penentu.. Ya Allah Ya Tuhanku, Terima kasih kerana sudi mendengar, Rintihan hati hambaMu yang lemah, Dan hina ini..