Perasaan Oh Perasaan

Assalamualaikum.

Vavavavaaaa..apa khabar semuanya? Pejam celik dah lima hari puasa yer..
Alhamdulillah, berjumpa juga kita dengan Ramadhan yang penuh berkat dengan rezeki di dalamnya..semoga ada Syawal yang penuh bahagia untuk kita semua..ececehhh..skema pulak aku akhir-akhir ni yer..hehhheh..

Hari ni aku nak kongsi pasal 'perasaan'.
Perasaan yang bila kau rasa kau tak boleh bangun setiap pagi pada waktu yang kau tak pernah fikir kau kena bangun semata-mata sebab kau nak pergi KERJA. Ya, kerja. Supaya tiap hujung bulan, kau dapat gaji, dengan duit gaji tu kau akan beri pada mak, tutup lubang-lubang pinjaman, bayar bil-bil, beli kasut, baju, makan sedap-sedap, belanja kawan-kawan dan tak lupa juga beli benda yang tak berfaedah. Apa dia, biarlah aku dan kau saja tau.

Ya, itu baru perasaan nak pergi kerja. Sambung lagi. Dengan perasaan kau drive waktu jalan lengang, hari masih gelap, layan radio, makan skittle sebab nak renjatan berjaga, lumba-lumba sikit supaya terus berjaga, dengan target kau kena sampai opis tepat 7.30 walaupun waktu mula kau pukul 8.00.

Dan lagi perasaan. Bila kau sampai pintu pagar (yang orang lain panggil opis, tapi tempat kerja aku lebih dari opis) hati kau berbunga riang  sebab hari semakin cerah. Ada orang yang menunggu kau. Sambut kau dengan macam-macam ragam. Ada yang beri tabik spring, ada yang minta dilanggar, ada yang bagi kau senyuman manis, tak kurang juga pandang kau dengan pandangan yang kosong.

Perasaan lagi. 8 jam dekat 'opis' macam tak cukup. Tak menang tangan apatah lagi kaki. Nak kata sibuk tak sibuk. Tapi macam penuh. Ada jer yang kau kena buat. Dengan officemate yang unik dan menghiburkan, kau tak akan rasa terasing langsung. Malah kau akan ketawa sorang-sorang bila kau dengar ada yang pasang lagu raya Jalil Hamid (kau google cuba) sekuat-kuatnya pada Ramadhan ke-5, ada yang berebut bilik air sebab semuapun nak melepaskan hajat besar, ada yang asik bagi senyuman manis aja sampai kau perasan sorang-sorang. Heheh.

Perasaan. Bila kau kena punch balik kau akan lalu benda yang sama. Dengar radio, layan skittle, lumba sikit. Tapi ada satu perasaan yang pelik. Kau akan rasa tenang. Rasa damai. Rasa kau sanggup ulang benda yang sama setiap hari. Kau tersedar yang kau suka dengan apa yang kau buat sekarang biarpun kau penat.

Itulah perasaan yang Allah bagi. Sekali dengan hikmah supaya kita berfikir. Dan bersyukur dengan apa juga yang ditentukan olehNya. Bila kita redha, manisnya akan muncul.

Semoga korang semua akan berjumpa perasaan yang sama. Insyaallah, aamiin.

ps - Bukan perasaan dilamun cinta. :)
ps - Salam Ramadhan al-Mubarak 

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.