Persediaan Sebelum Kena Transfer

Assalamualaikum.

Amaran : Persediaan ni sesuai untuk sesetengah orang je. Terutama yang jenis macam aku. Yang kena transfer dari Shah Alam ke Kuala Kubu Baru. Juga Ratu Sesat. Heheh.

Satu. Pergi tinjau ofis baru 2 hari sebelum lapor diri. Tengok-tengok jalan mana yang kita nak lalu. Masa ni buat catatan berapa tol nak lalu, berapa ringgit, berapa lama, berapa jarak. Time tu boleh pikir2 dalam hati nak ulang alik ke atau nak sewa rumah dekat dengan opis. Boleh pikir dan terus berpikir.

Dua. Beli smart tag. Tak payah beli kalau tempat kerja kau tak lalu tol. Sebab kalau jarak transfer menyebabkan kau kena keluar rumah seawal Subuh, jangan ambik risiko bayar tol tunai-tunai ni. Sekali hulur duit yang sambut tu takde kepala. Masak. Hahahaa! Lawak jer. Tak kuasa lah penat-penat drive lepastu nak queue panjang-panjang sebab bayar tol. Lepastu sampai rumah dah penat, merempan-rempan. Terus malas kerja. Berenti terus.

Tiga. Polish kereta. Imej tu. Pegi cuci kereta bagi berkilat-kilat. Maklumla nak jalan jauh. Kawan-kawan baru pulak nak sambut kan. Masa tunggu kereta siap polish tu, untung-untung ada orang ajak borak. Borak punya borak, orang tu polis. Lepas tu siap kata kalau ada apa-apa nak minta tolong, bagitau jer. Lepas tu tak pasal-pasal tukar-tukar no telefon. E'eh?

Empat. Beli la baju baru. Biar semangat sikit. Tapi jaga-jaga jangan kena tipu. Beli kain cotton konon sebab nak nampak gadis desa. Sekali pakai je. Esok basuh, terus bertukar saiz. Fesyen mengecut, siap luntur warna lagi. Salah sendiri tak reti pilih kain. Heheh.

Lima. Pandai-pandai la bawak diri.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang