Terima Kasih Part 1

Assalamualaikum.
 
Hari ini nak ucapkan TERIMA KASIH. Ucapan yang tertangguh. Juga tidak terlafaz dek kerana hati terlalu rapuh pada waktu tu. Sekarang, aku tunaikan. Janji yang aku simpan sendiri.
 
To All My Sistas, U know who U are.

Roro,
I terharu bila U masih ingat baju apa yang I pakai waktu datang interview. It was 7 years ago and I dont realize that I'm being so outdated. Haha!
Biar kita kenal tidak lama tapi persahabatan ini sangat bermakna buat saya. Saya tak akan lupa setiap yang kita lalui bersama. Ketawa dan menangis juga bersama. Sebagai bos dengan pekerja. Sebagai kakak dengan adik. Terima kasih atas ilmu dan pengalaman yang sangat bernilai. Terima kasih kerana selalu menjadi pendengar yang setia. Biarlah apa juga orang nak kata, mereka tak akan faham kita selalu bersama kerana apa. Saya akan selalu rindukan masa-masa kita bersama. Sampai bila-bila.
 
Hunny Bunny,
Bila terasa susah nak tido, saya akan ingat semula cerita 'Apalah Nasib Keningku' dan 'Kisah Kambing Di Atas Pentas'. Dah tentu  tertido dalam ketawa. Terima kasih atas cerita penuh pengajaran itu.
Terima kasih atas segala-galanya. Selalu saja memberi nasihat, tidak pernah jemu. Selalu saja berkongsi ilmu, tidak pernah lokek. Selalu saja mengambil berat dan bertimbang rasa, tidak pernah berkira. Terima kasih atas didikan, tunjuk ajar dan teguran. Saya akan selalu perlukan itu, dari kamu. Sampai bila-bila.
 
Hammy,
Our relationship is so unique. I pasti ramai yang akan rindukan gandingan kita berdua. Terima kasih kerana selalu memahami saya. Terima kasih kerana selalu membuat saya ketawa walau hanya dengan satu ekspresi yang simple. Terima kasih kerana selalu saja berjaya dalam membawa apa jua watak yang diberikan. Kita boleh menjadi sesiapa saja dan bertukar menjadi sesiapa saja dalam sekelip mata, kan? Di situ lah keunikan U, and maybe U are not aware that, kan? Haha. Terima kasih kerana selalu memberi pandangan yang selalunya membantu. Terima kasih kerana selalu buat hari-hari I penuh ceria. I akan selalu kenang itu semua sampai bila-bila.

Faddy-Faddy,
I selalu senyum bila ingatkan U. Bila U selalu hendak pastikan I selalu presentable. U are pretty, generous, caring and also funny girl. Terima kasih kerana selalu pampered me. Terima kasih kerana selalu jadi adik yang manja. Only U know what we have been through together. 'No-Dean Tragedy'? U get me? Hahaa! I know U are concern about me. I appreciate that so much. Thank you for being a part of my joyful days. I akan selalu ingat masa-masa kita bersama sampai bila-bila.

Okay, ini Part 1. Jangan risau, akan ada Part II.

Comments

ana said…
so sweet...kadang2 kita perlu tinggalkan org2 yg kita sayang untuk lebih menyayangi mereka dan untuk menambah lagi ikatan kasih sayang baru di luar sana :) gud luck dear!
Angah said…
have a nice day!

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.