'Nak Kawin Dengan Komando' - Pandangan Peribadi

Assalamualaikum.
 
Dari dulu lagi. Aku dah pernah ceritakan kat sini pun. Sampai satu tahap, aku cakap pada Lulu
'Aku nak kawin dengan mana-mana jer badan beruniform kecuali BOMBA'.
Hahaa! Tapi itu dulu. Masa aku masih mentah, dan tak kenal erti penyesalan.
 
Tapi sekarang, impian itu masih sama. Cuma impian itu punya landasan, sebab musabab yang tersendiri. Agak peribadi untuk dikongsi. Dan bagi sesetengah orang mungkin, 'INI SEMUA POYO!'
 
Tapi aku tak kisah. Aku tak perlu nak terangkan kepada semua orang mengapa dan mengapa. Betapa seriusnya aku hingga aku minta officemate aku kenalkan anak squadmate dia yang join military pada aku (please take note that aku sekarang minta orang yang jodohkan aku. Penat dah nak cari sendiri). And luckily, my officemate ramai yang ex-military and we have ex-komando here too! Auuukk!
 
Selesai bincang isu Sulu, one of ex-komando said this to me.
 
Encik : Dalam mencari jodoh ni, kita tak boleh memilih nak komando ke, polis ke, apa ke. Kena terima jodoh tu Allah yang tentukan.
 
Aku : Ye lah, tau. Doa saya setiap hari ialah agar Allah kurniakan seorang suami yang terbaik buat saya. Tapi bila fikir betapa untungnya jadi isteri tentera dan polis ni. Suami yang mati di medan perang atau atas usaha jihad, insyaAllah syurga tentu tempatnya. Suami dah tentu-tentu tunggu di pintu syurga. Tinggal lah isteri yang hidup dan usaha kumpul pahala supaya akhirnya dapat bertemu suami tu di syurga..
 
Encik : Kalau macam tu, saya kan ada. 3 lagi kosong. Komando lagi....
 
Aku : Hek eleh. Saya tak nak komando pencen. Haha!
 
ps - Buat balu-balu perwira negara, usah bimbang. Usah takut. Teruskan hidup demi syurga yang  Allah janjikan. Wira hidupmu, telah menunggu. Al-fatihah.
 

 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.