Rahsia Kurus
Assalamualaikum.
Saja nak share dekat sini macam mana aku hilang 10 kilo dalam masa 21 hari. Kejadian berlaku baru-baru ini. Yer, semasa aku di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ini. (Jeng..jeng..Jeng)
Sebelum tu sila patrikan (gila ayat macam nak tulis sajak) dalam otak prinsip-prinsip penurunan berat badan.
1) Tidak ada jalan singkat seperti - Tidak perlu berdiet, Tidak perlu bersenam atau hilang 5 kilo dalam masa sehari.
2) Tidak ada jalan murah iaitu langsung tak payah keluar duit walaupun 50 sen.
3) Tidak semudah dengan hanya meminum atau memakan formula 'magic' atau sekadar sapuan krim pelangsing terhebat.
4) Tidak dengan hanya memakai korset dan lemak terbakar.
5) Tidak semudah yang diwar-warkan. Hahahaa!
Dulu-dulu seingat aku, berat paling ringan aku pernah ada ialah 52kg. Itu suatu waktu dulu. Masa aku Tingkatan 5. Masa berganti masa, waktu berganti waktu aku masih ingat berat zaman pekerjaan ialah 75kg. Dan berat paling terkini sebelum aku datang Melaka ialah 83kg. Masa berat aku nak mendaki dari 75kg ke 83kg aku dalam keadaan sedar sebenarnya. Ini kerana, aku telah membeli 2 helai seluar yang terang dan nyata aku tak boleh sarung semasa mencubanya dalam fitting room. Tak faham, bukan? Baiklah, ianya begini.
Tahun 2009, aku beli satu seluar linen yang pada masa tu hanya pada paras lutut jer aku boleh sarung. Tapi aku beli jugak dengan semangat juang yang tinggi iaitu 'aku akan pastikan aku dapat pakai engkau satu hari nanti'.
Tahun 2010, aku beli pulak seluar tracksuit idaman aku saiz L. Aku beli sebab cantik. Pun sama jugak, boleh sarung paras lutut jer. Aku simpan dua seluar ni. Aku tak bagi orang sebab kedekut punca utama. Punca kedua sebab aku rasa akan tiba juga masa dan ketika aku tersedar dan sedar diri bahawa i keep put on weight and slap my face very hard!
Produk-produk tak payah cakap. Hampir semua benda aku dah telan. Dari pil, serbuk, sapu, tenyeh, lekap, gores dan menang. U name it, and try me.
Satu benda yang buat aku betul-betul tersedar dan insaffffff dan menggelupur ambik tindakan drastik untuk turunkan berat badan ialah KERJA aku sekarang. Yer, kerja aku perlukan aku untuk stay fit and presentable.
Tapi bukan aku tak usaha, aku ni orangnya memang obses produk kurus dan cantik. Cuma, semua benda yang aku cuba tu mungkin tak sesuai untuk aku atau memang produk tu memang penipu? Haha!
Hinggalah akhirnya aku dipertemukan dengan seorang Doktor dan dia telah suggest aku ikut program diet HCG.
Yer, diet HCG bantu aku hilang 10 kilo dalam masa 21 hari dan pada masa aku tulis entry ni aku dah complete all phases sebulan lepas. Sekarang aku dah off diet dan mentekedarah macam biasa serta luar biasa and the best part is berat aku tak naik sesuka hati macam sebelum ni. Naik pun manja-manja aja. Makan macam naga, naik 500gram. Makan macam buaya naik 1kg. Nak buang balik 1kg tu, buat steak day macam yang aku buat hari ni. Confirm hilang 1kg and maybe more the next day.
Kau mampu nak hilang sekilo dengan makan steak? Hihi. Dengan HCG, saya mampu.
Ni lah steak aku hari ni. Syarat dia kena makan dengan tomato mentah. Nampak sedap?
Memang pun.
ps1 - HCG Diet ni ada protokol. Nanti aku sembang. Ingat senang-senang aja ke?
ps2 - Seluar tu dua-dua aku dah boleh pakai. (libas rambut)
ps2 - Seluar tu dua-dua aku dah boleh pakai. (libas rambut)
Comments