Aku Akan Merindui Kamu - Kakak Ku.

Assalamualaikum.

Aku akan merindui kamu, Kakak ku,
Kerana hati ini ada ruang tersendiri untuk kamu.

Tak mungkin aku tidak menangis untuk kamu, Kakak ku,
Kerana kita pernah menangis bersama.

Tak mungkin aku lupa kamu dalam doaku, Kakak ku,
Kerana aku mahu kamu bahagia di sana.

Jangan takut Kakak ku,
Anak-anak kamu yang kecil ini akan jadi dewasa,
Akan kami ajarkan mengenal Allah,
Akan kami ajarkan merindui kamu,
Akan kami ajarkan mengingati kamu,
Akan kami ajarkan memeluk kamu dalam pelukan hati mereka.

Kakak ku,
Maafkan aku kerana tidak menjadi adik yang paling sempurna.

Kita akan bertemu nanti Kakak ku,
Kita akan bertemu nanti di sana,
Di satu daerah yang abadi,
Aku bawa rasa rindu.

~ Al-Fatihah buat Kakak ku
24 Julai 1979 - 24 Mac 2013






Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang