"Footloose"
Assalamualaikum.
Amboi..amboi..bukan main marah nampak harga minyak naik? Hahaaa!
Aku pun kecewa jugak. Tapi cenggitu la ceritanya. Semua benda naik harga. Cuba bagi tau apa yang turun? Ada ke? Ada ke?
Kerajaan dah habis duit buat BRIM, BRooM. Banyak belanja tu. Tapi takpelah, yang dapatnya pun Mak-mak kita jugak, makcik-pakcik kita jugak. Dalam pada harga minyak naik, McD kau orang sesah jugak seminggu sekali, spenda nak La Senza aja..Hahaaa!
Aku secara peribadi, tak rasa kesan sangat sebab walaupun guna kereta, jarak rumah aku dengan pejabat 3 kali menguap dah sampai. Seminggu sekali aku balik kampong, dengan kenaikan 20sen seliter ianya memberi impak pertambahan duit sebanyak RM6 sahaja seminggu. So, aku boleh korbankan kos beli jajan yang aku kudap sepanjang perjalanan tu untuk tampung kos minyak asalkan aku dapat jumpa Mak aku. Rezeki masing-masing. E'eh, terpanjang pulak mukadimah. Dah, dah. tak payah nak iya-iya sangat. Be rasional ok.
Itu hari, masa aku pi pasar ada student edar flyers pasal event diorang nama 'Footloose' iaitu student dalam kampus yang tak ada transport akan di offer untuk naik kereta pi kelas tanpa bayaran. Free ride gitu. Tu la diorang namakan footloose. Kira macam satu hari tu, tak payah susah-susah jalan kaki pi bus stand la..kaki kasi rehat.
Benda ni mengingatkan aku masa aku belajar dulu-dulu. Aku sejak darjah Satu memang pegi sekolah jalan kaki jer. Sampai lah Tingkatan 5. Jalan kaki. Jauh la jugak. Dalam 5 minit kot. Ayah aku hantar naik kereta kalau hujan jer. Itu pun masa nak pergi je, masa nak balik, pandai-pandailaa. Nak redah ke, nak tunggu hujan berenti. Hihi. Masa kawan-kawan naik basikal, aku tetap jugak jalan kaki. Mana ada Ayah aku belikan basikal.
Masa sekolah, aku selalu sumpah orang yang naik kereta. Lagi-lagi masa aku balik sekolah kalau hari hujan. Langgar lopak air tak simpati pun kat budak sekolah macam aku yang jalan kaki. Habis kena baju sekolah. Bila kain dah basah, turun warna pulak tu sebab dulu-dulu kain sekolah kita 'dye' je tiap tahun. Ye lah, kita ni bukan anak orang kaya. Tiba-tiba je..hahahaaa!
Lepas tu, bila dah dewasa sikit (ececehhh) time study kat Shah Alam, kelas bapak jauh dari Kolej. Tunggu bas memang macam penderitaan la kan..kena pulak time hujan...mak aihh..dia punya impak, sampai kena baling dengan duster la dek lecturer sebab masuk kelas lambat secara berjemaah..time umur dewasa cenggitu, aku dah kurang menyumpah orang naik kereta, tapi lebih kepada berazam..ececehhhh..hahaaa! Masa tu aku cakap pada diri aku, kalau aku ada kereta, aku akan tumpangkan student lain yang aku nampak tunggu bas dalam hujan..aku tak nak diorang lambat masuk kelas sampai kena baling duster.....
Tapi sekarang bila aku dah ada kereta dan nampak student jalan kaki atau tunggu bas, bukan tak ada niat nak tolong..tapi zaman sekarang ni kita tak boleh simply-simply percaya pada orang yang kita tak kenal..
Maaf, adik-adik. Just enjoy the moment when studying is very adventure dan memenatkan..penat otak dan penat kaki.
Comments