Dr. Love Lagi?

Assalamualaikum.

Sama gak. Saja jer nak cerita yang lawak-lawak.
Ni bukanlah kesinambungan atau sambungan cerita. Aku pun tak nak ulas apa jadi selepas date langgar moto itu hari..Biarlah ia terus poyo di dalam sanubari ini..Apahal poyo sangat aku ni? Hahaa! Anggaplah kami ini dalam fasa perkenalan, ok. Take it easy. 

Kami orang ni memanglah tersangat kontra ok.   Dia tersangat beku, aku tersangat jeli. Dia tersangat kayu, aku tersangat romantik. Hahaaa! Yang elok-elok semua aku eh. Hahaaaa! Kelebihan dia, lain chapter aku ulas. Itu pun kalau aku kuasa. Heeeee. Baik kita cerita pasal aku yang tersangat advantage ni. 
(Libas rambut). 

Medium komunikasi kitorang ni memang SMS lah. Tak pun whatsapp. Tapi terkini FB Message. Sejak-sejak dia approve aku kat FB ni. Memantau ler tu. Ada satu hari tu, aku buat perangai. Merajuk tak tentu hala. Lama jugak tak bertegur. Tapi tak lebih 3 hari la. Sebab berdosa kan putuskan sillaturrahim. Gitu. Heeeee. Bila dah bertegur sapa, mula lah sesi ungkit-mengungkit. Hahaaa!

Dengan cara tersulit dan terhalus aku menyampaikan bahawa 'lelaki yang cool tu ialah lelaki yang pandai memujuk'. So, di bawah ialah conversation aku dengan Mat Langgar Moto pasal isu MEMUJUK. 
(Edited ok. Sebab terlalu seksi nak publish yang asal. Hahaaaa! Yang penting pucuk pangkalnya)

Dia : Xpnah pjuk kot hmmmm....so what do u think???

Aku : Pujuk...tapi sekali cobaan je...

Dia : Xpaham

Aku : Cth mcm yg terkini sy merajuk tu hari..ececeeehhh

Dia : Ok then?

Aku : Awak ada call saya..tu kira pujuk la..tp awak tu kan mengganas je cara..lps tu kan saya panjang2 kan lagi merajuk...mmg awak xreti la nak pujuk

Dia : Ok then?

Aku : Pastu awak akan biar je la saya terkapai2 sendirian......heeee

Dia : Ok, then?

Aku : Pastu saya lah mengalah sbb saya kan selalu lebih2..tapi mengalah tak bererti kalah..lagipun kita kan ada cara masing2 tunjuk sayang kita..awak cara awak..saya cara saya..yg penting ada sayang...what do u think? 
Am i right or am i wrong?

Dia : U are always wrong.

Aku : Whatttt?

Dia : Whyyyyy?

Aku : Why do u said me wrong? Why?

Dia : BECAUSE I LIKE THAT. 

Aku : Hahahaa! Shit u.

Hahahaaaa! Korang nampak tak? Nampak tak?? Dia memang. Kalau satu hari tak buat aku sakit hati tak boleh. Dia sangat susah nak express sisi jeli dia. Tapi sekali menjiwang, pitam ko. Hahaaa!

Tu je la. 

Bagi aku mamat ni lawak. Walaupun kegemaran dia menyakat aku yang lurus dan tulus ni tapi dia jugak lah yang buat aku happy. Hati dia? Aku jer tau. Dan Allah lebih tahu.



ps - Doakan yang baik-baik saja, ok.





Comments

Anonymous said…
Assalam. Mohon Nora kongsikan nama klinik tempat Nora wat HCG dulu..kt Melaak tue...tq in advance
..nOWa.. said…
Klinik Siti Dan Ehsan di Alor Gajah. Boleh jumpa Dr. Diana.
ana said…
Aamiin...semoga semuanya berjalan lancar...kikikiki
Anonymous said…
Next year nasi minyak?
..nOWa.. said…
Terima kasih atas doa-doa. Insyaallah, aamiin. Poyo dah ni. Hahaaaa!

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang