Permata Yang Hilang Dan Kamasutra.

Assalamualaikum.

Hahaaa! Bodo. 
Kalau yang lahir tahun 90-an ke atas memang tak akan faham kenapa aku gelak sorang-sorang. Tapi kalau yang veteran macam aku dan golongan klasik mesti teruja dengan tajuk yang aku nak bangkitkan ni. Hahaa!

Cerita dia, bermula pada tahun 2000-an. Secara spesifiknya aku tak ingat bila tapi berlaku masa aku dekat lebih kurang semester 5 ke ntah 6 Diploma..time tu aku and the geng jalan-jalan dekat Kompleks PKNS. Biasa la student..PTPTN ada, keja asik nak makan McDonald aja. Tak pun Kyros Kebab. 

Lepas makan-makan jalan-jalan la dekat BATA. Depan sikit ada satu kedai buku. Dia bukan kedai buku macam MPH ke apa. Buku tak banyak mana pun. Kalau ada pun jenis yang jarang-jarang kita nak baca macam 'Seksa Kubur', '10 Jenis Azab Neraka' dan yang seangkatan dengannya..tak jumpa nya I Love U Mr. Arrogant macam sekarang ni..Heeeee.

Kitorang berenti kat situ saja nak tengok-tengok. Sekali tu Loli (semua nama kawan-kawan aku ni bukan nama sebenar) jumpa buku tajuk 'Permata Yang Hilang'. Loli belek, selak-selak pastu teruja-teruja. Time tu Loni, Lona, Lota ngan aku pakat kerumun dia sebab masing-masing naik syeh. Hahaa!

(Dialog bawah ni seingat aku memang berlaku. Tapi aku tak boleh nak ingat betul-betul sapa yang ucapkan. Yang penting perbualan ni memang benar-benar terjadi. So, aku bantai jer). Hahaa! Gigih.

Loli : Beli la wey. Ilmu ni

Lota : Lucah.

Aku : Bodo ko. Mana ada. Kalau lucah dia tak jual kat sini. Dia nak ajar jer. Heeeee.

Lona : Dah korang asik tengok bab ni jer. Yang depan-depan tu ko tak sudi nak baca pulak? Bodo la..

Loni : Alaa. Bukan budak-budak. Baik baca buku ni dari tengok CD ke apa.

Loli : Beli laa jom.

Aku : Share la.

** Akhirnya kitorang beli. Share tu, kasi duit sorang sikit. Tapi time nak bayar, main lat tali lat tam plom. Sebab gila malu kot nak bayar. Akhirnya Loli yang kena pi bayar. Hahaaa! Selamat aku.

Lepas bayar lat tali lat tam plom lagi sebab nak tentukan sapa yang baca dulu.....sekali Loli jugak yang menang. Dia jugaakkkk yang dapat baca dulu. Gedik gila dia bawak buku tu balik. Aku tak ingat aku turn nombor berapa. Tapi rasanya giliran yang awal-awal jugak la..

Masa berganti masa, hari berganti hari. Sorang demi sorang kawan-kawan aku ni kawin.

Satu hari, masa tu aku dengan Lota pi rumah Loli. Time tu dia tak lama lagi nak kawin. So, masa sembang-sembang topik gatal-gatal aku bangkitkan hal buku tu.

Aku : Oi. Ko ingat tak buku yang kita beli tu. Lepas dapat kat ko, langsung ko tak pass kat orang kan?

Loli : Hahaa! Memangla. Lepas aku patutnya Loni. Cerita dia, aku bawak balik la ingat nak baca kat rumah. Punya la aku cover baik punya, aku siap balut lagi kulit dia. Sekali Makcik Dam (emak Loli) jumpa daaa..terus dirampasnya buku tu. Sampai ke sudah.......Hahahahaaaaaaaaa!!

Tu la cerita dia. So, buku tu Makcik Dam dah rampas..........

Maksud dia, tak ada di antara kitorang pun yang dapat baca setekun-tekunnya buku tu. Kiranya saat kat kedai buku yang kitorang duk selak laju-laju tu jer la, satu-satunya peluang rupanya..Hahaaa!

Tapi aku tengok, diorang ni semua 'survive' jer dalam berumahtangga. Tak guna buku pun..Reti ja kannnn..mungkin itu lah yang dinamakan 'kemahiran semulajadi'..hahahaaahihiiiihuhuuuu!!

Kalau ada adik-adik yang terbaca entry aku ni dan gigih nak cari buku ni kat kedai..Nan hadooo. Ko tak kan jumpa dah Dik..kalau ko nak jugak, ko pi cari Makcik Dam.......

Baru-baru ni aku beli online dua buku. Aku memang follow blog penulis buku ni. Buku dia memang sensored jugak sepertimana tajuk dia. Tapi kebanyakan masanya aku menangis membacanya. Tak tau la korang..

Aku suggest, orang bujang dan orang yang dah kawin pun beli lah buku ni. Sangat bermanfaat. Dan bila korang dah beli buku ni korang tak perlu susah payah balut kulit dia. Hahaaaa!




ps - Kita siap boleh request lagi kat Hamka kalau kita nak dia tulis apa-apa. Aku cakap kat dia, aku nak kawin tak lama lagi. Mesti lah nak kawin. Gila, tak nak? Hahaaa!


Comments

Unknown said…
Beli Online kt mne ye?? Ad lg x link nye??
Tabib Cinta said…
Lawak citer ni... good job

Siapa yang nak buku ni percuma? Tanyalah Tabib Cinta
Unknown said…
Nak bukunya... Dah download ( http://masalahwanita.rawatan.net/2014/08/download-buku-permata-yang-hilang-pdf-168 ) file damage la... Pls sent ke email haikalchester90@gmail.com

Perlu ni.. Nk kawin bulan 5.. Huhu
Unknown said…
kalau nak beli bleh bgtau sy... harith.fss@gmail.com..

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang