Posts

Showing posts from January, 2014

Rozita Che Wan VS Mak Guard

Image
Assalamualaikum. Esok raya Cina. Korang pulak beria balik kampung sampai jammed jalan semua? Haaahaa!  Ala, aku pun sama jugak. Tapi aku balik esok. Kesah sangat korang kat aku. Hahaa!  Semalam aku baca kat blog Beautifulnara tajuk lebih kurang 'Rozita Che Wan Nak Hadiahkan Zain Anak'. Lebih kurang laa. Bila baca tu, aku macam terpana seketika. Apakah ini?  Ni pandangan aku berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain. Boleh jadi betul, boleh jadi salah.  Sebenarnya perkahwinan ni perlukan niat yang betul. Allah tak janji, dengan berkahwin kau tak kan kena madu atau memadukan. Sebab Allah nak uji. Allah tak janji dengan berkahwin kau confirm dapat suami/isteri yang solehah.  Sebab Allah nak uji. Allah tak janji dengan berkahwin kau confirm dapat anak. Sebab Allah nak uji. Tapi Allah janji dalam setiap perkahwinan itu ada rezeki. Duit, rezeki. Sihat, rezeki. Bahagia, rezeki. Anak rezeki. Yang penting usaha. Jadi, di man...

Tips Kurus - Kononnya..

Image
Assalamualaikum! Pertama sekali..aku tertanya-tanya juga samada perkataan 'konon' tu memang ada. Hahaaa! Ada kot... Okay, semua tahu cara makan yang sihat ialah separuh pinggan mesti sayur. Separuh ok, bukan suku atau sesenduk. Orang yang normal macam aku akan taruk barang sesenduk saja. Anda bagaimana? Hahaa! Sayur ni penting sebagai sumber vitamin dan serat. Bila khasiat sayur masuk dalam badan, barulah khasiat dia pegi dekat usus, darah dan akhirnya kita akan cantik. Boleh macam tu? Hahaaa! Percaya cakap aku buat apa. Aku bukannya pakar nutrisi. Aku seorang Mak Guard sahaja..Hahaaa! Senang cerita, 'you are what you eat'. Makan lemak banyak, kumpul banyak lemak. Makan minyak banyak, muka banyak minyak. Makan nasik banyak lepastu malas senam, gemuk macam badak. Hahaaa! Bagaimanakah caranya untuk memaksa diri anda untuk makan : 1) Sebatang carrot saiz besar 2) Sebatang timun jepun saiz sederhana 3) Separuh labu cauliflower (kobis bunga) saiz...

Pantang Pisang.

Image
Assalamualaikum. Cerita dia, apakah dosa sesikat pisang disimpan di dalam peti.....ais? Hahahaaaa! Adakah tidak boleh? Adakah aku vongok? Hasrat nak makan sebiji pisang sehari bertukar kepada smoothies pisang + pear. Tukarkan masalah anda kepada sesuatu yang lebih sedap. Hahaaa! Lain kali bagitau la - simpan dalam suhu bilik. Hihii. ps - Masalah datang dan pergi. Besar dan kecik. Allah beri yang kita mampu-mampu saja.

Alasan Popular Nak Clash.

Image
Assalamualaikum. Ewaaahhh. Hoih. Sebagai Datin merangkap kaunselor, macam-macam alasan aku dah dengar. Baik lelaki atau perempuan. Tapi aku nak ulas yang paling popular jer iaitu 'DIA TERLALU BAIK UNTUK SAYA'. Ecewaaaah. Selamba je kan? Jadi..bila dia terlalu baik untuk kau bermakna kau adalah terlalu setan untuk dia? Gitu? Bukan ke kalau orang tu baik kita mestilah sepatutnya bersyukur dan beruntung? Pada aku, orang yang bagi alasan macam ni adalah penipu. Cuba jujur dengan berani mengatakan bahawa kau sebenarnya dah tak berkenan, dah hilang 'spark' sebab masa mula-mula ko rasa dia punya perangai sweet jer, tapi lama-lama dia start annoying. Atau sebenarnya mula-mula ko suka dia sebab dia sentiasa grooming jer tapi lama-lama ko dah hilang selera sebab dia dah makin gemuk dan busuk. Atau mula-mula kau rasa dia understanding jer, tak berkira tapi lama-lama ko rasa terbeban dengan dia sebab belum apa-apa ko dah habis banyak duit untuk dia. Kata ku...