Alasan Popular Nak Clash.

Assalamualaikum.

Ewaaahhh.

Hoih. Sebagai Datin merangkap kaunselor, macam-macam alasan aku dah dengar. Baik lelaki atau perempuan. Tapi aku nak ulas yang paling popular jer iaitu 'DIA TERLALU BAIK UNTUK SAYA'.

Ecewaaaah. Selamba je kan?
Jadi..bila dia terlalu baik untuk kau bermakna kau adalah terlalu setan untuk dia? Gitu?
Bukan ke kalau orang tu baik kita mestilah sepatutnya bersyukur dan beruntung?

Pada aku, orang yang bagi alasan macam ni adalah penipu. Cuba jujur dengan berani mengatakan bahawa kau sebenarnya dah tak berkenan, dah hilang 'spark' sebab masa mula-mula ko rasa dia punya perangai sweet jer, tapi lama-lama dia start annoying. Atau sebenarnya mula-mula ko suka dia sebab dia sentiasa grooming jer tapi lama-lama ko dah hilang selera sebab dia dah makin gemuk dan busuk. Atau mula-mula kau rasa dia understanding jer, tak berkira tapi lama-lama ko rasa terbeban dengan dia sebab belum apa-apa ko dah habis banyak duit untuk dia.

Kata kuncinya di sini ialah JUJUR. Ecewah kemain. Hahaa! 

Masa kita berkawan dengan seseorang, peraaatiiii kan jer perangai dia. Dengan gunakan mata hati, ko boleh tau orang tu fake ke, penipu ke apa. Janganla time bercinta dibutakan mata hati dengan nampak yang indah dan wangi-wangi aja. Hati kena mau kembang. Jangan mudah menolak seseorang hanya sebab dia tidak sempurna macam yang kita mahu. Sebab, siapalah kita ni? Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni.

Kalau setakat dia melepaskan kentut depan orang secara tertib dan tartil, makan sampai terselit cili kat gigi, malas basuh tangan kat sinki, kau lapangkanlah aja dada tu. Esok kalau ada jodoh kawin, macam-macam lagi perangai dan kejutan yang kau akan dapat. Hahaaa!

Yang penting, lelaki tu bertanggungjawab, penyayang dan sabar, kira jalan je la. Dan yang penting, kalau perempuan tu faham apa itu taat dan boleh berkongsi lepas kawin, kira on je la. Tak payah serabut kepala tu dengan letakkan kriteria yang macam-macam. Kriteria yang aku bagi ni yang general je la. Dalam bertanggungjawab tu ada la eloboration dia. kang korang kata aku hentam keromo jer. 

Jangan jadi macam aku. 10 tahun dulu (aku belasah je, malas nak kira) masa aku Tingkatan 5, ada sorang budak lelaki yang aku suka dari Tingkatan 4 membalas hantaran cinta aku. Ayat apakah ini hantaran cinta? Kira aku secret admirer kat dia la. Gila kau. Secret admirer ko pun suka kat kau. Haruslah dunia ni seperti ana yang punya. Hahaa! 

Pada aku budak ni memang idaman aku. Chinese look, kelakar dan pandai main badminton. Simple jer kriteria aku. Kalau dia tak chinese look dan tak pandai main badminton pun takpe, aku suka jugak. Hahaa!

Nak jadikan cerita setelah sekian lama, akhirnya kitorang keluar berdating dekat KFC. Selepas balik dari dating tu, dengan gelojohnya aku terus email dia dengan mengatakan bahawa, kitorang tak sesuai bercouple sebab macam-macam alasan aku bagi termasuklah 'awak terlalu baik untuk saya'.

Padahal, perasaan cinta (monyet) aku pada dia terus hilang dalam sekelip mata apabila aku nampak dia sapu tangan dia yang terkena sos dekat dinding KFC. Hahahaaaa! Korang mampu?

Nampaknya rekod 'korang mampu' ni masih digondoli oleh aku. Hahahaaaa!


'Awak terlalu hensem untuk saya'
Haa. Ini baru lah boleh cakap cenggitu..hahahaaa!

ps - Budak tu dah kawin dah pun, anak berderet. Aku ada terjumpa dia tahun lepas. 
ps - Hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita, siapa, di mana dan bila.
ps - Kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang 'teruk' sebab nak uji kita. Jangan mengalah.




Comments

ana said…
Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita...kadang2 jodoh tu dah ada dpn mata, tapi blm masanya. :)
..nOWa.. said…
Betul tu kak ana..sabar menunggu..doakan!! ;)

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang