Rozita Che Wan VS Mak Guard

Assalamualaikum.

Esok raya Cina. Korang pulak beria balik kampung sampai jammed jalan semua? Haaahaa! 
Ala, aku pun sama jugak. Tapi aku balik esok. Kesah sangat korang kat aku. Hahaa! 

Semalam aku baca kat blog Beautifulnara tajuk lebih kurang 'Rozita Che Wan Nak Hadiahkan Zain Anak'. Lebih kurang laa. Bila baca tu, aku macam terpana seketika. Apakah ini? 

Ni pandangan aku berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain. Boleh jadi betul, boleh jadi salah. 

Sebenarnya perkahwinan ni perlukan niat yang betul.

Allah tak janji, dengan berkahwin kau tak kan kena madu atau memadukan.
Sebab Allah nak uji.

Allah tak janji dengan berkahwin kau confirm dapat suami/isteri yang solehah. 
Sebab Allah nak uji.

Allah tak janji dengan berkahwin kau confirm dapat anak.
Sebab Allah nak uji.

Tapi Allah janji dalam setiap perkahwinan itu ada rezeki. Duit, rezeki. Sihat, rezeki. Bahagia, rezeki. Anak rezeki. Yang penting usaha.

Jadi, di mana kuasa kita hendak hadiahkan seorang anak kepada suami?

Kita tak ada kuasa. Yang Maha Berkuasa adalah Allah. 

Perbetulkan balik niat kita semua. Wahai suami dan isteri di luar sana. Juga kepada yang belum berumahtangga.

Tingkatkan usaha. Banyakkan berdoa.






ps - Mode Ustajah.


Comments

ana said…
Kaannnn....tapi apa2 pun kita doakan la yg terbaik buat diaorg :)
..nOWa.. said…
insyaallah..aamiin

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang