Cracker Cheese Cake - Minum Petang.
Assalamualaikum! Sejak akhir-akhir ni, aku teruja memasak. Tapi yang senang-senang aja lah.. Kalau ada resepi yang tak perlu kan aku ke dapur, lagi semangat aku nak cuba. Hahaaaa! Lempang kang. Kategori dessert atau menu minum petang yang aku tau ialah cekodok dan lempeng sahaja. Selepas tu, aku ada buat triffle sekali dua. Resepi aku campur-campur sumber dari internet. Dan baru-baru ni aku ada buat cheese cake resepi dari blog Namee Roslan . Menjadi la jugak. Dengar cerita, siap ditapau oleh Mak Mentua kakak aku. Kembang hidung sekejapan. Heee. Semalam masa sibuk lagha kat FB, keluar newsfeed pasal resepi Cracker Cheese Cake. Sebenarnya aku ni tidaklah hantu cheese sangat. Tapi aku suka masak benda yang senang-senang. Sekali tengok bahan dan cara buatnya macam kekacangan jer. So, aku pun google lah resepi dia. Memang banyak versi. So dah pasti versi terkacang dan terjimat menjadi pilihan aku. So pemenangnya ialah resepi dari Cik Epal Yang Semakin Kurus Nih. ...