Jenis-Jenis 'Student Universiti'

Assalamualaikum.

Sebabkan kerja Akak Mak Guard, tiap-tiap hari Akak berurusan dengan student. Jadi, Akak rasa Akak antara yang layak menghuraikan tajuk di atas. Sekadar perkongsian, siapa 'butt hurt' tanggung sendiri.

Satu.
Pelajar sedang belajar jadi terpelajar.

Pelajar : Assalamualaikum Cik. Maaf nak tanya. Saya kena saman sebab parking kereta dekat petak staf. Tapi sebab saya nak cepat tadi. Saya mintak maaf banyak-banyak. Saya tau saya salah, boleh ke saya dapat pengurangan saman? Saya tak ada duit. Ni tinggal lima ringgit. Malam tadi makan megi jer. Esok kena pegi trip fakulti. Lusa, bla bla bla. Mak saya ...Ayah saya...bla bla...saya...bla bla. (Krik krik)

Aku : Ok. Saya boleh bagi pengurangan sebanyak ni saja. Selepas ni tolong pastikan letak kenderaan di tempat yang dikhaskan untuk pelajar saja. Jangan ambik hak orang, nanti Allah ambik hak kita. Okay? 

Dua
Pelajar Keliru Antara Benar Dan Salah.

Pelajar : Saya balik kolej nak ambik barang. Saya naik sekejap jer. Sekejaapppp sangat. Sekali bila turun Pak Guard dah saman. 

Aku : Ok. Tapi anggota saya menjalankan tugas saja. Mereka tak akan tahu awak sekejap ke lama. Bila awak letak kereta di tempat larangan, memanglah dikenakan saman. Awak pun dah Part 5, awak tahu kan pelajar tak boleh parking di kolej?

Pelajar : Ohh. Tak boleh yeww?

Tiga 
Pelajar Pejuang Keamanan Sejagat Tak Kena Tempat

Pelajar : Saya ada test petang tadi. Masa tu dah lambat. Jadi saya parking dekat situ sebab situ paling dekat dengan kelas saya. 

Aku : Yer, jadi awak terus parking dekat petak staf?

Pelajar : Saya dah lambat sangat. Lagipun saya tak boleh jalan jauh. Baru jer buat operation appendiks bulan lepas. 

Aku : Ok. Tapi tindakan awak tetap satu kesalahan. Tapi takpe, saya boleh bagi pengurangan pada kompaun ni dan selepas ni jangan ulang kesalahan yang sama.

Pelajar : Saya tak setuju saya di saman. Saya nak jumpa Timbalan Rektor.

Aku : Ye lah. Pegi lah Dik.

Empat
Pelajar Sombong Dan Bodoh Sedikit

Aku : Maaf, Dik. Awak dah melanggar peraturan sahsiah rupa diri pelajar. Skinny jeans tak dibenarkan. Seluar awak ketat.

Pelajar : Ye ke? Saya rasa seluar saya tak ketat.

Aku : Awak pergi dekat cermin tu. Tengok, awak nampak tak bentuk kaki awak. Kalau nampak, maknanya seluar awak ketat.

Pelajar : Yer memangla. Tapi saya rasa seluar saya tak ketat.

Aku : Ok, tengok saya sekarang. (sampai kena berdiri, buat demo) Awak nampak bentuk kaki saya? 

Pelajar : Tak

Aku : Awak tak nampak sebab seluar saya ni longgar. Ini baru lah dikatakan tak ketat.

Pelajar : Hmm. Nak saman, saman je lah. Saya memang suka kena saman.

Aku ; (Krik..krik) ..tulis kertas saman laju-laju..

Lima
Pelajar Hobi Dia 'Menganjing'

Aku : Dik, rambut awak melepasi kolar. Ini satu kesalahan sahsiah rupa diri.

Pelajar : Saya tau. Tapi minggu depan baru saya boleh potong. Dekat sini, saya tak tau kat mana boleh potong rambut. Nak suruh kawan-kawan, entah apa jadinya nanti.

Aku : Mana boleh tunggu minggu depan. Saya beri amaran. Esok awak datang semula dengan rambut yang pendek, boleh. (sambil tulis kertas amaran)

Pelajar : Nak tanya la. Kenapa perlu saman, amaran ni semua? Akak yakin ke saya boleh berubah dengan cara ni semua? Besar sangat ke masalah saya ni? Kenapa tak saman budak yang gay ke, budak yang pakai seksi ke..ada lagi masalah yang lebih besar dari masalah saya ni..masalah agama lagi besar.

Aku : Dik, Akak asalnya nak bagi amaran jer. Nah, ambik saman ni. kompaun lima puluh ringgit. Nak pengurangan jumpa ketua pusat pengajian. Bayar dekat Bendahari. Sebelum awak nak tangani masalah yang lebih besar, sila patuhi peraturan sahsiah rupa diri yang kecik ni dulu. Terima kasih.




Salah sistem pendidikan kah atau salah didikan di rumah?
Atau salah rakan sebaya? TV? Drama? Facebook? Tweeeederrr?

ps - Pelajar terpelajar dan sedang belajar terpelajar masih ramai lagi. Dan akan terus ramai. Insyaallah.
ps - Kita diamanahkan untuk mendidik.
ps - Waktu kita masih diberi kenikmatan hidup, rendahkan diri dan lembutkan hati untuk sedia dibimbing. 
ps - Setinggi mana pun tahap pendidikan, setebal mana pun sijil akademik, tak berguna jika kita tidak beradap dan tidak berakhlak. 




Comments

..nOWa.. said…
sekadar perkongsian dan luahan perasaan kakak..huhuu

Popular Posts