Malam Pertama Aku.
Assalamualaikum!
Tajuk bajet nak cari traffic. Hahaaa! Padan muka.
Aku nak cerita pasal malam pertama aku kat hospital laa. Pertama kali dalam hidup aku tidur hospital sebab diri sendiri sakit kalau tak silap aku tahun 2006. (Dah tua bangka aku time tu. Alhamdulillah.) Sebab admitted ialah kerana demam denggi. Sebenarnya aku tak sedar pun aku demam denggi. Tiga, empat hari sebelum aku admitted wad, aku demam teruk. Demam yang kepala berat, urat-urat sakit, sendi sakit. Sejuk menggigil-gigil. Tapi demam tu satu malam jer. Lepas telan Uphamol dengan Panadol bagai, esoknya aku sihat walafiat.
Lepas 3, 4 hari tu ada naik bintik-bintik kat tangan aku. Tak rasa gatal ke apa. Tu pun CC kat opis aku yang tegur. Ni napa ni tangan ni bintik-bintik. Ditekan-tekannya tangan aku, bintik tu jenis bawah kulit. CC tu diagnosed aku denggi. Haaaaa. Hebat tak ketua kerani opis aku time tu..Hahaaa! Sebab dia berpengalaman la kot..dah bersara dah CC tu..memang baik dia..siap dia arahkan driver opis hantar aku pegi klinik kerajaan. Mampu? Heeee.
Sampai klinik tu, memang lepas check darah doktor kata aku denggi. Di keluarkan surat refer ke hospital. Aku time tu excited gila. First time nak tido hospital la kata kan..hahaaa! Aku pun telefon kakak aku.
Aku : Eh, orang denggi la. Doktor suruh pegi Hospital Klang.
Dia : Laa. Hospital Klang ke. Ko masuk Hospital Tanjong Karang je la. Senang Mak nak lawat ko.
Haa. Begitu kaedahnya. Suka-suki jer kan kakak aku. Hahaa! Tapi memang pun, lagi senang kalau aku masuk hospital Tanjong Karang. Tak sampai 5 minit pun dari rumah Mak aku. Jadi, petang tu aku pun balik la kampung....
Takde kelam-kelibut, esoknya baru aku ngan Mak aku pegi hospital. Korang mampu nak masuk hospital Mak yang hantarkan? Hahaaa! Macam tu lah manjanya aku ngan Mak aku. Semua Mak, Mak, Mak...hihi.
So hari tu, first time la aku kena cucuk masuk air kat tangan. Lepas settle semua tu nurse arahkan aku masuk wad.
Hospital Tanjong Karang ni dah lama. Ikut sejarah, tahun 1966 di bina. Tak de la canggih mana pun. Tingkap nako, kipas siling. Sekali bila aku sampai wad, katil penuh daa. Nurse kasi aku bed sementara, letak kat tepi dinding jer. Aku pulak masa tu dah start masuk air, so lalok sikit. Tapi aku masih waras lagi, takde la aku nak baring kat katil tu kan..Apa pulak kekdahnya katil ko tepi laluan orang duk lalu-lalang tiba-tiba ada patient sesat pulak terbongkang kat situ. Kira aku ni jaga air muka pengurusan hospital la jugak. Kang ada jugak ambik gambar aku post kat FB dengan caption 'Pesakit Diabaikan Malah Tidak Diendahkan Pihak Hospital.' Hahaaaa! (Time tu mana ada FB, aku rasa) Lama jugakla aku tersadai sampai ada patient yang selesai urusan discharge, aku pun dapatlah katil.....
Malam tu bermula lah pengalaman malam pertama aku.........ni cerita sebenar yang aku nak share. Gila panjang mukadimah..hahaaa!
Depan katil aku ada sorang makcik yang kaki dia baru lepas kena potong paras paha sebab kencing manis. Aku tau pun sebab aku pasang telinga bila dengar nurse cakap..Dari pemerhatian dan telinga lintah aku, makcik ni ada 2 orang je anak. Dua-dua lelaki. Suami dia aku tak nampak pulak sepanjang kat hospital, tapi yang selalu datang jaga dia, anak dia lah..Yang sulung tu kerja, umur dalam 20-an dan adik dia sekolah lagi.
Makcik ni kiranya macam dalam fasa penyesuaian lah untuk terima hakikat kaki dia dah tak ada. Dia selalu meracau dan halau-halau 'benda' yang dia nampak kat kaki dia. Aku dekat wad tu pulak ala-ala ketua pesakit gitu. Dah aku sorang jer pesakit muda, yang lain semua makcik-makcik. Jadi kalau setakat, betulkan drip, kuatkan kipas, matikan lampu, kupaskan buah, tarikkan selimut, berbual kosong, memang perkhidmatan percuma aku bagi. Tapi pada makcik tu aku tak berani kacau sangat, sebab dia banyak meracau. Tapi kadang-kadang bila dia ajak berbual, aku layankan aja.
Tiap kali anak dia datang, dia akan mengadu ada benda makan kaki dia. Yang buat aku tersentuh hati, bila anak dia (yang sulung) datang, kerja salin baju, mandi, tukar pampers, bagi makan, semua anak dia akan buat sendiri walaupun nurse offer nak tolong, takut dia segan.
Anak dia akan tarik penghadang (yang jenis kena angkut, tirai warna hijau) dan buat semuanya. Tapi of course la kita boleh dengar kan apa dia cakap dengan Mak dia. Aku kadang-kadang, pura-pura tido tutup muka dengan bantal sebab tak nak dia rasa kekok kalau orang tengok dia urus Mak dia. Aku rasa anak dia tu kerja kilang kot, sebab dia akan datang pukul 5 petang macam tu, urus Mak dia lepastu dalam pukul 7 dia akan cakap nak pergi kerja.
Aku rasa moment yang sangat menyentuh hati aku ialah bila setiap kali sebelum anak dia balik, dia akan ajar Mak dia baca surah Al-Fatihah dengan 3 Qul. Biasanya Mak dia akan buat perangai supaya anak dia tak balik. 'Janganla balik, Long..nanti dia datang gigit kaki Mak..' Anak dia merayu-rayu dan pujuk Mak dia sampai satu tahap, tinggi suara anak dia. Lepastu anak dia menangis...'Mak, jangan macam ni Mak. Kaki Mak dah kena potong. Mak kencing manis. Mak, tinggal yer, esok aku datang lagi. Aku kena kerja..' (biasanya orang Jawa guna kata ganti diri Aku dalam family diorang)
Semua dalam wad tu senyap. Aku pulak dah berjurai-jurai air mata bawah bantal. Sedih sangat. Aku memang kagum dan respek pada anak dia. Bukan senang nak didik anak supaya jadi bertanggungjawab pada Mak. Jaga Mak dia yang tengah sakit, tak harap orang lain urus Mak dia pun.
Aku harap, Makcik tu sihat sekarang. Aku doakan anak dia bahagia, murah rezeki, sihat tubuh badan dan diberi balasan yang baik atas ketaatan dia pada Mak dia. Aamiin.
Ni gambar takde kena mengena. Ni lunch aku tadi. Sup Ayam Mewah nama dia.
ps - Ingatlah lelaki. Dahulukan ibumu, selepas itu baru isterimu.
ps - Perempuan, berdoa selalu. Semoga suami kamu, abang kamu, adik lelaki kamu tahu tanggungjawab.
ps - Tak lama aku kat wad, 2 1/2 hari jer. Tiap hari buat muka ceria sebab tak sabar nak keluar wad.
Comments