Mencari Ramli.

Assalamualaikum.

Ramli mana pulak yang aku cari. Hahaa! Setahu aku Mencari Ramli ni dah jumpa pun Ramli dia. Ni ulangan la ni dok tayang. Sekali tu Akim AF ni tanyala apa kriteria 'Ramli'. Lawak jugak bila ada yang jawab :

'Ramli tu mesti lah berbadan gempal dan tinggi. Dan yang paling penting hensem.' Lahaiii.
Ini macam, sampai bila-bila pun bola sepak negara ni tak berkembang. Apa Ronaldinho tu hensem bangat ke? (Aku bukan mengutuk yer. Dia hensem apa, tapi bangat ke? Ke? Hahah!) Tu Piya player Kelantan tu tinggi bebeno ke dia? Rendang dan kecik molek jer aku tengok dalam tivi.

Banyak kriteria pemain bola sepak yang berjaya ni. Macam-macam aspek. Aku rasa yang utama ialah skil. Beckham tu dapat skil dia sebab main bola sejak dari kecik. Practice make perfect gitu. Lepas tu disiplin. Disiplin berlatih, disiplin kecergasan, disiplin makan, rehat, tido, tak ambik dadah, dengar cakap coach. 

Ah malas la aku nak cakap pasal ni lagi. Aku bukan tau sangat pasal bola, tapi aku rasa soalan tu kemanusiaan jer jawapan dia. Fikir dulu sebelum jawab. Serius sikit dalam berfikir. Yang penting, game Selangor lawan JDT malam ni, Selangor kena menang. Kalau Selangor kalah, aku cuti kecemasan hari Isnin. Ugut. 

Sebelum bersurai, saksikan dinner aku hari ni. 'Dowry Fish Perap Rosemary Dengan Salad Bujang Beserta Cauli Flower Fritters Balikla Mat Langgar Moto Hidupku Sunyi TanpaMu'. Gila kau Chef Zubir pun tak mampu sajikan ini dekat restoran dia. Hahaa!

Transformasi Beckham. Heee.

Piya ni dah kawin ke belum yer? Segan plak nak google.

Wow Ronaldinho. Biar rambut kejung asal hati baik.

Kubis Bunga Goreng Tepung. Sedap Bak angg. Cicah Mayo.

ps - Apa khabarmu di sana.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang