Spagetthi Sedap Nak Giler - Puji Diri Sendiri. Hahaa!

Assalamualaikum.

Tu lah dia. Matlamat tak menghalalkan cara. Tajuk tu sebenarnya aku niat nak mudahkan orang jer. Tapi biasalah, terover pulak. Haha!

Sebab cara aku memasak ialah GOOGLE. Even sometimes, aku called Mak atau Kakak untuk tanya resepi, google adalah tetap. Sebab...aku serinngkalinya derhaka kepada resepi. Jadi selalunya aku akan taip, resepi bla-bla sedap, resepi bla-bla mudah dan sedap, resepi bla-bla cepat dan sedap. See? Mudah, cepat dannnnn apa dia? Sedapppp. Pandaiiii. Bajet cikgu. =_+

Saja nak share resepi spagethi bolognese yang aku suka masak. Lagi suka aku masak bila orang-orang yang penting dalam hidup aku kata, sedap. Ahaii.

Bahan-bahannya. (Untuk sepeket Spagetthi)


1) Spagetthi. Masa aku mula-mula kenal apa itu pasta, aku pernah terbeli 'angel hair' sebab ku kira asal panjang kurus spagethi la tu. Tips, baca label dia, ya. Ke aku jer yang peghak? Hahaa.

2) Ayam Kisar. (Rasanya kalau minced beef lagi sedap) Tapi Tonjer aku ni tak makan daging.

3) Prego (botol besar). Aku ambik yang Tradisional punya.

4) Susu. Aku guna Low Fat.

5) Tomato Puree. (Optional) Hari aku masak ni, aku lupa taruk. Hahaa. Peghak.

6) 3 biji tomato dipotong dadu (buang bijinya).

7) 1 tin cendawan butang dihiris.

8) 1 biji bawang besar dipotong dadu. Aku guna Holland.

9) 3 ulas bawang putih dicincang-cincang.

10) 1 batang carrot dipotong dadu.

11) 3 batang saderi dihiris sederhana kasar.

Bahan yang tak ada dalam gambar ialah :

1) Olive oil (optional)

2) Buttercup (optional)

Bahan penyedap rahsia namun kini bukan rahsia lagi! Tada-tadaaaa!

  Mixed Herbs. Ni optional. Tapi aku rasa benda ni lah yang akan buat rasa kuah jadi sedap.

Cara-cara.

Untuk spagetthi. Didihkan air. Letakkan sesudu olive oil/minyak masak dan sedikit garam ke dalam rebusan. Untuk tahu spagetthi telah masak 'ala-dente' adalah dengan cara memakannya. Ambiklah sehelai, dan rasa. 

Untuk kuah spagethi.

1) Cairkan Buttercup dan campur dengan olive oil/minyak. Sukatannya agak-agak sesuai untuk menumis.

2) Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

3) Masukkan Prego, Tomato Puree dan Ayam/Daging cincang. Biar mendidih sekejapan.

4) Masukkan susu. Sukatan dalam 1 1/2 cawan. Agak-agak sesuai kepekatan kuah. Jangan cair sangat.

5) Masukkan tomato dan cendawan.

6) Masukkan carrot dan saderi terakhir sekali dan biar masak sekejap saja bagi meninggalkan efek rangup.

7) Perasakan dengan garam sikit dan tabur Mixed Herbs tu sikit. Tak usah banyak sangat.

Tada-tada-tadaaaa!

ps - Selera masing-masingla. Nak sedap pi makan kat Italy. Heeeeeee.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang