Perang Gedik.

Assalamualaikum.

Aku selalu ingat tagline 'Connecting People' tu Facebook yang punya. Rupanya itu Nokia yang punya. Hahaa!
Ok, pada aku, Facebook ni samada boleh connecting people atau silap cara boleh menjahanamkan je semua tak kira kawan tak kira saudara. Sebab yang tentukan ialah sikap kita.

Masalah aku sekarang ialah ex-gf Bakal Suami Aku/Bakal Imam Aku/Till Jannah Aku/Tulang Rusuk Aku/Tulang Selangka/Tulang Femur/Pinggul/Rahang/Dan Segala Anggota Dia (Ok, ini sarcasm. Hahaa!) serang aku kat FB dia. Acaner aku tau? Sebab aku stalker. Hahahaaaaahohohoo! 

Come on laaa. Kalau that lady masih tak remove tag dia dari FB Mat Langgar Moto dah tentulah aku yang ejen perisikan reject ni kacang buncis jer boleh kesan. Motif? 

Memandangkan that lady kutuk aku kaw-kaw, termasuk kutuk fizikal aku jadi apalah kiranya aku insan yang hina-dina ni menitipkan sepatah dua kata untuk dia di sini. Paling kuat pun ada la satu-dua kerat reader sesat yang terbaca entry ni. Lainlah dia, siap up status khas untuk kutuk aku, siap tag kawan dia bagai. Motif?

Aku ni manusia biasa je. Orang kutuk, haruslah terasa. Tak banyak, sikit. Kann.

Pesan aku kat that lady satu jer. Please move on. Hahaaaa!
Aku pun tak kenal dia, jumpa tak pernah, bercakap pun tak pernah. Jadi aku rasa dia tak layak sentuh hidup aku apa lagi ulas pasal aku. Silap. Silap besar.

Tolong hormat orang lain. Jangan kutuk-kutuk fizikal orang kecuali muka kita lawa macam waris Mahsuri generasi ke- 7 dan body kita macam Kim Kardashian. Aku rasa Kim Kardashian tu pun tak keji rupa orang sebab kalau tak, masakan kawin dengan Kanye West.Heee.

Allah dah jadikan kita sesempurna manusia. Jadi bercakap, menulis kat FB jangan ikut sedap mulut bajet jiwa kental tahan maki. Kita ni manusia, der. Ada dosa, ada pahala. Ingat syurga, ingat neraka.

Tak perlu hidup dalam bayangan masa silam dan kesilapan yang lepas-lepas. Sebab kalau Allah nak beri hidayah pada seseorang sekelip mata jer. Percayalah, semua orang boleh berubah. Kau pun boleh. Aku yakin. Aku doakan kau, ok.

Aku benci gaduh-gaduh. Lagi-lagi pasal berebut lelaki. Kalau kau masih suka dia, mari kita bermadu. Hahahaaa!

ps - Kalau aku riak, tegur aku. Mintak dijauhkan.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang