Piman No Nikuzume aka Stuffed Peppers. Resepi Ni.

Assalamualaikum.
Amboi. Bukan main lagi yer. Tajuk tak agak-agak. Hahahaa!
Biasala, kalau akak tak poyo, siapa lagi? Kan? Ahaks.

Dulu semalam, aku ada beli barang dapo. Selalu kalau melayari internet, mesti aku gagahkan diri juga mengintai blog masak-masak untuk memenuhkan folder resepi dalam Dropbox aku. Sekadar itu. Hahaa!
Sekali tu, ada la aku tengok depa buat telur mata dalam potongan capsicum. Alaa macam ni.


Cantik kan?

Hahaaa! So, aku beli la capsicum semata-mata nak buat ni for English Breakfast aku nanti. Presentation makan sendiri tak mau kalah. Sekali tu, seminggu aku tak peduli pasal breakfast telur english ni. Satu malam tu masa kemas peti ais (selongkar cari makanan sebenarnya) tengok cili ni dah lebam-lebam nak buruk. Apa hal pulak lah kan nak masak sarapan telur english malam-malam kan so aku pun bukak ler Dropbox aku dan ketemu resepi ini. Bahasa senangnya cili sumbat jer. 

Bahan-bahan A

1) Ayam/daging cincang yang diperisakan. Aku guna ayam. Tapi aku rasa kalau guna daging lagi sedap.
2) Telur sebiji
3) Bread crumbs
4) Bawang besar dipotong dadu
5) Daun bawang
6) Tepung gandum (untuk pastikan inti melekat pada cili)
7) Capsicum/Cili benggala. Resepi asal guna Piman (Cili Jepun)

Bahan-bahan B (Untuk Kuah)

1) Kicap Cair
2) Kiub Pati Ayam
3) Tepung Jagung (untuk memekatkan kuah)
4) Lea Perrins (optional. Saja jer aku memandai-mandai)


Cara- Cara

No. 1 tu cara buat inti. Campur semua dan gaul.
No. 2 tu sebelum letak inti sapu sikit tepung gandum pada cili supaya inti tak lerai bila dimasak.
No. 3 masukkan inti dan tekan cantik-cantik
No. 4 dengan sikit minyak masak kedua-dua bahagian. Aku guna pemanggang ajaib aja.
No. 5 tu aku nak tunjuk aku dah masak cili tu cantik la kononnya.
No. 6 tu bahan buat sosnya. Lepas dah masak cili, ketepikan. Guna minyak sikit untuk tumis kuah. Aku tambah bawang dengan daun bawang sikit secara memandai-mandai. Tambah sikit air dan bila dah mendidih boleh tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Perasakan ikut citarasa anda.

Time mendidih tu, masukkan semula cili ke dalam kuah dan masak sekejap. Dan lepas tu boleh dimakan bersama nasi atau kudap-kudapan. Gila kudapan berat macamni patutla gemuk. Hahaaa!

ps - Selamat mencuba. Kalau suka. Dan kalau rajin. Eleh!

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.